[VIDEO] Laungan takbir dan ‘reformasi’ bergema di Masjid Putra

[VIDEO] Laungan takbir dan ‘reformasi’ bergema di Masjid Putra

[VIDEO] Laungan takbir dan ‘reformasi’ bergema di Masjid Putra. Laungan takbir ‘Allahu Akbar’, ‘reformasi’, ‘Kita Boleh’ dan ‘Kita Menang’ berkumandang di luar ruang solat Masjid Putra sejurus selesai solat Jumaat sebentar tadi.

Laungan itu digemakan jemaah solat Jumaat dan juga penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir menunaikan solat Jumaat itu.

Keadaan agak sesak di luar ruang solat utama Masjid Putra apabila jemaah dilihat mengambil peluang untuk merakam sosok Perdana Menteri Ke-10 itu sebaik sahaja Anwar selesai menunaikan solat dan beramah mesra dengan jemaah.

Lebih 10 minit diperlukan Anwar untuk berjalan menuju kenderaannya selepas selesai solat kerana dikerumuni jemaah dan penyokongnya.

[VIDEO] Laungan takbir dan ‘reformasi’ bergema di Masjid Putra

Difahamkan, 3,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid itu sebentar tadi dan rata-rata tidak menyangka Anwar memilih Masjid Putra untuk solat Jumaat.

Anwar tiba di Masjid Putra pukul 1.01 petang disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Beliau sebelum itu tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.52 pagi untuk memulakan tugasnya secara rasmi.

Baca Lagi:

Tok Mat bakal dilantik menjadi ‘orang nombor dua’ negara?
Ramai yang belum tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, ini fakta yang perlu anda tahu tentang PM-10 Malaysia
Anwar singgah makan tengahari di Medan Selera Presint 8, Putrajaya
CATEGORIES