[VIDEO] Kisah seorang Pendeta Yahudi menerima hidayah memeluk islam

[VIDEO] Kisah seorang Pendeta Yahudi menerima hidayah memeluk islam

[VIDEO] Kisah seorang Pendeta Yahudi menerima hidayah memeluk islam. Asalnya seorang pendokong tegar wawasan bangsanya untuk menubuhkan Israil Raya yang meliputi Jordan, sebahagian Syria, Lubnan, sebahagian Mesir sehinggalah ke Madinah.

Zionis merancang dan berusaha keras untuk melebarkan jajahan mereka menjadikan sungai Furat sempadannya di Syria, sungai Tigris di Iraq, Semenanjung Sinai di Mesir sehinggalah ke Madinah.

Mereka mendakwa kawasan tersebut asalnya adalah hak milik nenek moyang kaumnya. Lantas usaha ke arah itu giat dijalankan sekian lama. Justeru itu, berlaku beberapa siri peperangan demi mencapai cita-cita tersebut.

Antaranya, sekitar tahun 60-an dan 70-an berlaku peperangan di Semenanjung Sinai, Mesir dan Israel pernah menguasainya. Di Syria, Israel berperang merebut Bukit Golan, dan peperangan di Lubnan.

[VIDEO] Kisah seorang Pendeta Yahudi menerima hidayah memeluk islam

Israel Raya menurut perancangan Zionis meliputi Palestin, Jordan, Syria, Lubnan, Iraq, Mesir dan sebahagian Saudi. Pendeta Yahudi Amerika,

Joseph Cohen daripada gerakan Sat.mar (kumpulan kesufian dalam agama Yahudi) menyimpan cita-cita untuk menyertai kempen pembentukan Israel Raya.

Dalam usahanya itu, beliau sempat tinggal di Jerussalam dan berpeluang untuk masuk ke kawasan Baitul Muqaddis. Di situlah titik permulaan hidayah Allah menghampirinya.

Ketika di situ, beliau dapat berjumpa dan berdialog dengan penduduk tempatan beragama Islam. Setiap hari beliau melayari internet dan membuat kajian yang serius terhadap agama Islam.

Hasil daripada pertemuan dan dialog terdahulu, terlalu banyak kemusykilan dan tanda tanya yang perlu dicari jawapan.

Melalui media maya itu, Pendeta Yahudi ini berkenalan dengan seorang Muslim bernama Zhada. Mereka berinteraksi dengan mesra mengenai Islam.

Hubungan mereka semakin akrab. Ketika masih di Jerussalam, beliau telah mula mempelajari bahasa Arab dan al-Quran dengan membaca terjemahan di dalam bahasa Inggeris.

[VIDEO] Kisah seorang Pendeta Yahudi menerima hidayah memeluk islam

Zhada sebenarnya adalah seorang Muslim yang baik daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE). Zhada lantas membantunya untuk berhubung dengan ulama-ulama tempatan supaya Pendeta Yahudi itu dapat belajar tentang Islam dengan lebih sempurna.

Joseph yang sudah berkeluarga itu akhirnya terpaut dengan kebenaran Islam. Beliau lantas memberitahu isterinya tentang hasratnya itu.

Isterinya bersetuju dan mendaftarkan keluarga mereka sebagai keluarga Muslim di mahkamah undang-undang Jerussalam.

Namanya ditukar kepada Yusuf Khattab. Anak-anaknya dihantar ke sekolah Islam dan mereka berpindah ke Gunung Thur. Beliau bekerja dengan badan kebajikan Islam Jerussalam.

Kemudian, Yusuf menubuhkan Pusat Penyebaran Islam di pasar lama Jerussalam. Beliau berusaha untuk mengembangkan ajaran Islam kepada penganut Yahudi dan usaha kerasnya itu telah berjaya mengislamkan 10 orang Yahudi.

Lantas sekatan demi sekatan dilakukan oleh pihak Israel. Namun, beliau mengutuk secara nyata perdana menteri Israel ketika itu Ariel Sharon kerana menzalimi umat Islam.

Beliau juga tidak gentar untuk menyatakan sokongan terhadap penubuhan negara Islam Palestin.

Seterusnya, pelbagai ujian menimpa Yusuf dalam jihadnya untuk menyebarkan Islam dan menegakkan sebuah negara Islam Palestin yang merdeka.

Baca lagi: 

Malu dengan status janda, abang bunuh adik

Lelaki Ukraine tenggelamkan kapal layar mewah berharga RM28 juta milik ‘BOS’ nya

Angkara penipuan kerja sambilan, gadis rugi lebih RM47,000

Leave a Reply

Your email address will not be published.