[VIDEO] Isteri terjatuh motosikal setelah suami teruja bantu mangsa kemalangan

jatuh motosikal 1536x1428 1

[VIDEO] Isteri terjatuh motosikal setelah suami teruja bantu mangsa kemalangan.

Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang penunggang motosikal cuba membantu mangsa kemalangan tetapi isterinya pula terjatuh daripada motosikal, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya itu dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @ndorobei.official.

Ia memaparkan beberapa motosikal berhenti di jalan raya dengan penunggang-penunggang cuba membantu seorang wanita yang terjatuh motosikal.

Seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil dibonceng isterinya menyaksikan kemalangan di hadapannya itu lantas berhenti untuk membantu mangsa.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu yang bergegas membantu mangsa menyebabkan isterinya yang membonceng di belakang tidak dipedulikan.

Motosikal mereka terbalik lalu isteri lelaki berkenaan yang tidak mampu menahan beban berat itu terjatuh. Dia kemudian dibantu oleh penunggang lain yang turut berada di lokasi kejadian.

Video rakaman kejadian turut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jadi mangsanya berapa orang kak?’’ tulis seorang netizen.

“Maaf saya ketawa,’’ komen netizen lain.

Baca Lagi:

Kereta Myvi tak laku di Indonesia

Demi penyatuan ummah, gabungan besar dari pembangkang akan berlaku hadapi PRU15

Pengunjung pusat hiburan dikompaun RM97,000 kerana langgar SOP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *