[VIDEO] Insiden pergaduhan di Padang Kota Lama bukan kerana ‘berebut pelanggan’.

75725C6C 8348 4969 8554 BC4233CFB36A

Insiden pergaduhan di Padang Kota Lama bukan kerana ‘berebut pelanggan’. Persatuan Penjaja Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama menafikan dakwaan berlaku pergaduhan antara pelanggan dengan peniaga seperti mana video tular di media sosial.

Pengerusinya, Asmadi Mohd Razali berkata, insiden itu hanya membabitkan perselisihan faham antara peniaga kompleks makanan tersebut.

Menjelaskan insiden itu, Asmadi berkata, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu kira-kira jam 11 malam ketika kebanyakan peniaga sedang berkemas bagi menutup premis masing-masing.

“Insiden itu berpunca daripada salah faham dan masalah peribadi antara dua peniaga di situ sejak sekian lama dan ia sudah diselesaikan dengan baik.

“Dalam perniagaan, di mana-mana pun boleh berlaku salah faham dan peniaga lain atau pelanggan tidak perlu bimbang kerana ia sudah diselesaikan dengan baik.

“Ia tidak membabitkan kerosakan harta benda, kecederaan antara peniaga atau pelanggan dan perbalahan itu hanya berlaku sebentar sahaja dan ada pelanggan yang masih menikmati makanan pada ketika itu namun tidak ramai,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Asmadi meminta orang ramai tidak melakukan sebarang spekulasi sehingga mencemarkan imej kompleks makanan berkenaan yang menjadi tumpuan pengunjung ke Pulau Pinang.

“Kami juga memberi jaminan bahawa kompleks makanan itu selamat bagi dikunjungi dan pergaduhan itu,”ujarnya.

Menerusi video tular berdurasi selama 1 minit 12 saat itu memaparkan pergaduhan yang berlaku ketika pelanggan sedang menjamu selera.

Perkongsian video itu mendapat perhatian warga net dan ada yang mendakwa ia berlaku kerana ‘berebut pelanggan’.

Leave a Reply

Your email address will not be published.