[Video] Dua lelaki menyamar jadi ‘rider’ cuba rompak jam tangan mewah jutawan naik Bugatti

[Video] Dua lelaki menyamar jadi 'rider' cuba rompak jam tangan mewah jutawan naik Bugatti

[Video] Dua lelaki menyamar jadi ‘rider’ cuba rompak jam tangan mewah jutawan naik Bugatti.

Seorang jutawan dari Kuwait, Abdullah F. Al Basman mengalami detik-detik cemas apabila cuba disamun oleh dua orang lelaki menaiki skuter yang menyamar sebagai rider penghantar makanan ketika beliau sedang menunggu lampu isyarat disekitar Mayfair, London.

Menurut salah seorang saksi, perompak tersebut berada di hotel yang diduduki oleh jutawan Kuwait itu, sebelum diminta untuk beredar oleh salah seorang kakitangan hotel, lapor The Sun.

“Apabila Abdullah keluar menaiki keretanya, mereka mula mengikutinya sehingga ke Hyde Park Corner. Salah seorang daripada mereka telah membunyikan hon yang saya anggap ia sebagai isyarat untuk memulakan serangan,” kata saksi kejadian terbabit.

Dalam dua video yang tular, salah seorang perompak telah mengetuk cermin tingkap Bugatti Chiron itu dengan penukul beberapa kali sebelum jutawan itu segera memecut untuk menyelamatkan diri.

Memetik laman The Sun lagi, kedua-dua lelaki itu dipercayai menyasarkan jam tangan Platinum Rolex Daytona milik jutawan itu yang dianggarkan lebih £110,000 (RM583,711).

Al Basman sedang menginap di Hotel Berkeley, di mana saksi berkata perompak telah mengikutinya sebelum melakukan serangan terbabit. Setelah gagal cubaan rompakan itu, kedua-duanya melarikan diri ke tepi jalan daripada jalan utama.

Dalam satu video lain pula, kelihatan kedua-dua suspek cuba menyerang seorang pejalan kaki di Mayfair. Salah seorang perompak itu melihat jam tangan pada pergelangan tangan lelaki itu, lalu memberhentikan motosikal secara mengejut sebelum mengikuti mangsa dari belakang.

Insiden yang terjadi itu menjadi sebahagian daripada satu lagi keganasan hujung minggu ketika peningkatan jenayah semakin meruncing di seluruh ibu negara London.

Menurut Datuk Bandar London, Sadiq Khan menyatakan peningkatan jenayah serta keganasan berlaku di tempat mereka ketika ini disebabkan musim panas, waktu siang lebih lama dan cuti sekolah yang sedang berlangsung.

“Kami sedang bekerjasama dengan polis untuk menyekat keganasan daripada terus meningkat,” kata Sadiq Khan kepada portal LBC.

Baca Lagi:

Mesyuarat tergempar: Lebih 100 pimpinan UMNO tiba di Menara Dato’ Onn

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Ramai pertikai macam mana SCAMMER tranfer duit tanpa TAC, lelaki ini dedah cara mudah selamatkan acc bank anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.