[VIDEO] Detik cemas Kren Gondola dipukul ribut, terhayun seperti buaian

[VIDEO] Detik cemas Kren Gondola dipukul ribut, terhayun seperti buaian

[VIDEO] Detik cemas Kren Gondola dipukul ribut, terhayun seperti buaian. Beberapa orang pekerja berdepan detik cemas apabila kren gondola yang dinaiki dilihat terhuyun-hayang dibadai angin dalam satu kejadian di sebuah menara di Jalan Kemuning di ibu negara.

Video kejadian yang berlaku pada jam 3.56 petang itu menjadi tular di laman sosial TikTok dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga maya.

Warganet meluahkan rasa cemas melihat kejadian terbabit dan dalam masa yang sama mendoakan keselamatan pekerja-pekerja berkenaan.

-“Seperti roller coaster. Takutnya”

-“Tidak periksa anginkah?”

-“Masya-ALLAH bahayanya, boleh jatuh.“

-“ Syukur tali tidak putus.”

-“Sepatutnya apabila cuaca tidak baik, kerja perlu dihentikan segera.”

-“Aku pula yang berpeluh tengok video, moga selamat semuanya.”

-”Allahuakbar, demi sesuap nasi, nyawa jadi taruhan.”

-”Kita yang lihat kecut perut, apatah lagi orang di dalamnya.”

Gondola tersebut kelihatan terhuyung-hayang ditolak angin seterusnya menghempas cermin dan besi bangunan.

Menerusi video berkenaan, kren gondola yang membawa dua orang pekerja ditolak angin kuat beberapa sebelum di berputar di udara.

Dalam masa yang sama, ia menghentam dinding bangunan sebelum tersangkut pada bahagian tepi bangunan setinggi 48 tingkat itu.

[VIDEO] Detik cemas Kren Gondola dipukul ribut, terhayun seperti buaian

Peluang tersebut diambil pekerja pembersihan terbabit memanjat bahagian bumbung untuk menyelamatkan diri.

Baca lagi: 

Pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, banduan ini dicabut nyawa sebelum ke tali gantung…

Bermula 25 Februari, jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan solat jumaat

Ramai belum tahu, beza label ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum” pada produk makanan dan minuman

CATEGORIES