[VIDEO] Cabaran seorang lelaki ajak anggota RELA bergaduh di sambut membuatkan lelaki tersebut terkedu dan terdiam

thumb 15112 695x460 media 8cd83e6ad46b3144fa2c681b995f6862 e1648447153360

[VIDEO] Cabaran seorang lelaki ajak anggota RELA bergaduh di sambut membuatkan lelaki tersebut terkedu dan terdiam.

Dalam setiap jenis pekerjaan, pastinya mempunyai skop tugas yang telah ditetapkan temasuklah memastikan setiap individu mematuhi peraturan ketika berada di sesuatu kawasan.

Begitu juga dengan situasi yang berlaku di sebuah premis menyaksikan seorang lelaki bertindak memarahi sekumpulan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kerana berang apabila terdapat pengunjung yang datang lebih lewat dibenarkan masuk terlebih dahulu ke dalam premis berkenaan

Menerusi ruang kapsyen video yang dikongsikan oleh @yopnorha, dia memaklumkan lelaki tersebut telah mengajak salah seorang anggota Rela yang bertugas untuk bergaduh akibat terlalu marah dengan insiden itu.

Tidak disangka, anggota tersebut bersedia menyahut cabarannya sehingga lelaki itu terdiam seketika.

Menjengah ke ruangan komen, rata orang ramai berpuas hati dengan tindakan anggota tersebut yang dikatakan berani menyahut ajakan lelaki tersebut kerana pasukannya hanya menjalankan tugas dengan betul.

Sementara itu, ada juga pengguna berpendapat agar setiap masalah yang berlaku perlulah diselesaikan dengan perbincangan dan tidak terus mengamuk kerana ianya tidak elok ditonton oleh orang lain terutamanya di kawasan umum.

“Ada masalah, bincang baik-baik, bukan tunjuk siapa kuat, buat malu sahaja,” kata Azri Saidin.

“Terbaik la abang Rela, pantang dicabar, yang lelaki baju biru pun satu, ajak orang gaduh, bila orang sahut, kau diam pula,” ujar Kamarul.

“Mereka hanya jalankan tugas, mungkin ada sebab kenapa orang yang datang lewat itu diberi masuk dahulu, boleh bertanya dengan baik, bukan tengking,” tegur Laila.

@yopnorha Tak leh sabar. yang g marah ke abg rela tu buat ape. #fyp #respect #beraturLah ♬ original sound – yopnorha

Baca Lagi:

Majlis Oscar 2022 kecoh!! Aktor ternama Will Smith tumbuk selebriti Chris Rock di pentas

2 artis Malaysia berdepan hukuman gantung sampai mati

JAIS gantung tugas guru KAFA tolak vaksin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *