[VIDEO] Budak lelaki berani kejar perompak bermotosikal

[VIDEO] Budak lelaki berani kejar perompak bermotosikal

Budak lelaki berani kejar perompak bermotosikal. Seorang kanak-kanak lelaki menjadi tular di media sosial Indonesia kerana berjaya mengejar dua orang perompak, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @makassar_iinfo itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV).

Rakaman menunjukkan situasi di sebuah lorong pada waktu petang yang lengang. Kelihatan dua perompak sedang membonceng motosikal melalui lorong berkenaan dengan seorang budak lelaki mengejar mereka di belakang.

Selepas melalui satu simpang, budak lelaki itu sempat menarik beg yang digalas oleh salah seorang daripada perompak berkenaan.

Walaupun sudah berjaya merampas beg itu, dia tetap terus mengejar dua lelaki berkenaan.

Menurut maklumat, dua perompak itu telah merompak telefon bimbit milik kanak-kanak berkenaan.

Muat naik video tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kacak dan berani,’’ komen seorang netizen.

“Ini budak bukan sebarang budak,’’ tulis netizen lain.

Baca lagi:

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’

Singapura jauh lebih maju berbanding Malaysia kerana tiada UMNO/BN disana – Mohd Amar

KFC kena ‘serang’ lagi! tapi kali ni bukan Kak Long….

CATEGORIES
TAGS