(Video) Bos tengking pekerja secara melampau, “kerja, kerjalah! kenapa masa kerja nak makan?

(Video) Bos tengking pekerja secara melampau, “kerja, kerjalah! kenapa masa kerja nak makan?

(Video) Bos tengking pekerja secara melampau, “kerja, kerjalah! kenapa masa kerja nak makan?. Sebagai peniaga/usahawan, sudah tentu siang malam berfikir bagaimana mahu mengaut keuntungan yang berganda. Lebih-lebih lagi di zaman ini di mana orang ramai kerap menggunakan media sosial dan peluang keemasan itu patut dimanfaatkan sebaik mungkin.

Tetapi, entah ‘sifu marketing’ yang mana dan tidak bertauliah telah menurunkan ‘ilmu songsang’ kononnya ‘bad marketing is still marketing’, menyebabkan ada peniaga/usahawan yang mahukan jalan pintas untuk meraih followers menggunakan taktik murahan bagi mencapai kemahuannya itu.

Terkini, tular di media sosial video seorang wanita, pemilik kilang menjahit pakaian, Mariyah Holdings Sdn Bhd yang menengking para pekerjanya sambil menjerit-jerit bagaikan tiada hari esok, mengundang banyak reaksi netizen.

Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat bengang dan memarahi pekerjanya tidak kira tua atau muda kerana tidak melakukan kerja-kerja mengikut standard yang telah ditetapkan. Antaranya seperti tidak menggunakan mesin auto cut yang dibeli dengan harga jutaan ringgit, meletakkan kain di lantai, makan di tempat kerja dan lain-lain.

Tegasnya, dia mahu kesemua pekerjanya memberi fokus yang penuh pada tugas masing-masing agar mereka dapat mencapai sasaran sebanyak 30,030 pengeluaran pada bulan itu.

(Video) Bos tengking pekerja secara melampau, "kerja, kerjalah! kenapa masa kerja nak makan?

Difahamkan, majoriti pekerjanya adalah warga asing yang menerima gaji bulanan tanpa sebarang masalah, selain kebajikan mereka yang lain turut dijaga dengan baik.

Sementara itu di media sosial, walaupun tahu video tersebut hanyalah sekadar ‘marketing’, tetapi netizen dengan jujur mengatakan mereka seram sekiranya mendapat majikan seperti itu.

“Tak berani tengok sampai habis. Takut hujung-hujung aku pulak yang kena marah. Eee… seramnya,” kata Ahmad Fathil Zakaria.

“Walaupun sekadar content, ingat ya, malaikat tetap catit. Ingatan untuk diri saya juga,” kata Khairul Faizie.

“Kurang hajar betullah. Kalau nak buat content sekali pun, biarlah beradab sebagai muslimah. Ini dah macam *******g, boleh menyebabkan dosa berpanjangan bila orang sumpah seranah content macam ni. Ini semua poyo!” kata Ahmad Suffian.

(Video) Bos tengking pekerja secara melampau, "kerja, kerjalah! kenapa masa kerja nak makan?

“Sungguh pun content, tapi kalau saya sebagai pekerja, esok tak datang dah sebab rasa terhina sangat. Tanpa pekerja, awak takkan berjaya. Ingat tu,” kata Dya Meena.

“Sepatutnya tunjuk contoh yang elok. Malu kalau bangsa lain tengok. Walaupun cuma lakonan, nampak tak elok sangat dan tidak sesuai dengan budaya kita yang saling menghormati. Tengok Bos James buat content, tak ada pula nak menjerit tak tentu hala kat staff dia. Netizen tengok pun tak serabut,” kata Adam.

Baca Lagi:

Bapa jutawan, tapi nafkah anak hanya RM5,000 sebulan dedah bekas isteri DDNK

(VIDEO) Lelaki kencing di atas kubur bekas isteri hampir setiap hari selama 48 tahun

Warga emas pasang 9 penyaman udara di rumah, sanggup bayar bil RM32,900 sebulan

CATEGORIES