[VIDEO] Bergaduh, bertumbuk ala Kung Fu di pekarangan tempat letak kereta

[VIDEO] Bergaduh, bertumbuk ala Kung Fu di pekarangan tempat letak kereta

Tular sejak semalam video memaparkan pergaduhan di antara dua individu lelaki di pekarangan tempat letak kereta.

Rakaman berdurasi 28 saat itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya tertanya-tanya punca pergaduhan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, lebih menariknya, pergaduhan tersebut dikatakan seperti dalam filem Kung Fu disebabkan pelbagai jurus yang ditampilkan oleh dua individu terbabit.

“Berseni betul pergerakan mereka, macam filem Kung Fu, tukang rakam pun pandai guna teknik rakaman berkesan,” seloroh seorang pengguna.

“Filem Kung Fu terbaru kah? bila keluar dekat wayang, dahsyat,” ujar pengguna lain.

Dalam pada itu, ada juga pengguna yang turut menterjemahkan ‘dialog’ dua individu terbabit dalam pelbagai bentuk gurauan.

“Mak kau hijau, mak kau makan sayur banyak sebab itu hijau, kau pun hijau, anak hijau,” gurau seorang pengguna.

Baca Lagi:

PANAS !!! Video Azwan Ali maki Yusuf Azmi dan sahabat, sekali ini respon balas Yusuf Azmi

Orang ramai tertipu dengan Pizza Wak Doyok, ada orang koyak sticker jumpa ‘brand’ lain

Ustaz Kazim dedah 6 orang sudah datang minta maaf

CATEGORIES