[VIDEO] Bapa berang lempang pemandu van setelah anak mengadu sering disentuh

c8d5b1fc c6c2 44a7 920d feef89ccefa0 e1648621544729

[VIDEO] Bapa berang lempang pemandu van setelah anak mengadu sering disentuh.

Di Facebook, tular perkongsian seorang bapa mengenai anaknya yang mendakwa telah diganggu pemandu van sekolah.

Menurut individu bernama Tuan Amir Danau, anaknya telah meminta si abang untuk menghantarnya ke sekolah kerana merasakan pemandu van berkelakuan mencurigakan.

tuan amir 582x600 1

Perkongsian itu sehingga kini telah meraih lebih 17,000 shares dan 2,000 komen daripada orang ramai. Tuan Amir berkata dia merakam perbualan ketika bersemuka dengan pemandu van untuk dijadikan bukti kepada pihak polis.

Jelasnya, anak perempuannya itu diambil di rumah untuk dihantar ke sekolah pada setiap hari sekitar jam 6.20 pagi.

Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan. First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel la cantik lah, dia cubit-cubit pipi.

Esok tu dia start lain, start pegang tangan, gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.

Katanya lagi, anaknya menangis ketika menceritakan kejadian itu malah anak mendakwa dia diberi jajan dan nombor telefon untuk dihubungi.

Enggan membiarkan perkara itu berlanjutan sehingga terjadi perkara lain yang lebih serius, si bapa kemudiannya berjumpa empat mata dengan pemandu tersebut dan telah pun membuat laporan polis sebagai tindakan susulan.

Baca Lagi:

Kecoh!! Tular video pensyarah hina pelajar siap sebut ‘golongan B40’ dikecam netizen

Mahkamah perintah waran tangkap buat Norjuma

“Signboard pun berlube” Papan tanda ‘rongak’ pula jadi kecaman netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *