[VIDEO] Askar Rusia menangis bercakap dengan ibu selepas serah diri

[VIDEO] Askar Rusia menangis bercakap dengan ibu selepas serah diri

[VIDEO] Askar Rusia menangis bercakap dengan ibu selepas serah diri. Satu rakaman video yang menunjukkan seorang askar muda Rusia menangis ketika dia bercakap dengan ibunya selepas menyerah diri menjadi tular di Rusia dan Ukraine sejak Rabu lalu.

Askar itu yang dikawal oleh sejumlah warga Ukraine juga dirakamkan minum teh dan makan pastri manakala seorang wanita memegang sebuah telefon bimbit di hadapannya dipercayai di negara tersebut.

Tawanan perang muda itu turut dirakamkan bercakap dengan ibunya melalui telefon bmbit.

Salah seorang wanita lain kedengaran bercakap dengan ibunya melalui telefon: ‘Natasha, Tuhan bersamamu. Kami akan menghubungi anda kemudian. Dia masih hidup dan sihat.”

Dalam pada itu, suara seorang lelaki di luar kamera kedengaran berkata dalam bahasa Ukraine: “Lelaki muda ini, bukan salah mereka. Mereka tidak tahu kenapa berada di sini. Mereka menggunakan peta lama, mereka sesat.”

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum diketahui kejadian itu berlaku di lokasi mana di Ukraine.

Ukraine kini terlibat dalam peperangan dengan Rusia yang melakukan pencerobohan pada minggu lalu

Baca lagi: 

‘Kantoi’ buang sampah ikut tingkap, pemandu Myvi dikecam

Wanita ini tuntut bayaran setiap manusia dibumi kerana guna Matahari miliknya

[VIDEO] Detik cemas Kren Gondola dipukul ribut, terhayun seperti buaian

Leave a Reply

Your email address will not be published.