Ustazah Siti Afifah dan suami label Ustaz Azhar Idrus bukan agamawan

Ustazah Siti Afifah dan suami label Ustaz Azhar Idrus bukan agamawan

Ustazah Siti Afifah dan suami label Ustaz Azhar Idrus bukan agamawan. Sekiranya anda kerap melayari media sosial, pastinya anda cukup kenal dengan pasangan ustaz dan ustazah Siti Afifah ini yang mana kerap mengeluarkan kenyataan berbaur agama yang penuh kontroversi.

Sebelum ini, pasangan ini turut memaklumkan jatuh dayus kepada suami yang membiarkan isteri diuruskan oleh doktor lelaki di hospital. Selain itu, ustazah ini pernah mengatakan hukum menggunakan ubat tahan sakit adalah haram.

Kenyataan kontroversi yang diumumkan telah mengundang pelbagai respon di kalangan netizen serta menjemput Ustaz Azhar Idrus selaku ustaz tersohor dan popular di Malaysia untuk memberi respon.

Ustazah Siti Afifah dan suami label Ustaz Azhar Idrus bukan agamawan

Menurut Ustaz Azhar Idrus bagi isu isteri diuruskan doktor lelaki, ustaz ini berpendapat tidak jatuh dayus buat para suami sebaliknya keadaan darurat untuk menyelamatkan dua nyawa iaitu ibu dan anak antara yang membenarkan perlakuan tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Azhar Idrus nyata kurang disenangi pasangan ustaz dan ustazah ini sekaligus mendakwa Ustaz Azhar Idrus sebagai tidak memahami hukum Allah serta tidak pernah merasai keperitan wanita melahirkan anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Bukan itu sahaja, terbaru, pasangan ini turut mendakwa Ustaz Azhar Idrus sebagai bukan ahli agamawan serta memilih untuk memfailkan saman. Pihak ustaz dan ustazah ini enggan mengulas lanjut meskipun berang terhadap Ustaz Azhar Idrus serta memilih untuk meneruskan saman serta akur dengan arahan peguam.

Baca Lagi:
Real Hero! Pelajar 14 tahun selamatkan budak perempuan dari mati lemas
Siti Hurrairah dilantik pengerusi negara Shell wanita pertama, – 10 info menarik mengenainya
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
CATEGORIES