Ustazah ini dakwa ubat tahan sakit itu haram

Ustazah ini dakwa ubat tahan sakit itu haram

Ustazah ini dakwa ubat tahan sakit itu haram. Seperti diketahui umum, penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah sering mengeluarkan kenyataan ‘karut’ mengenai sesuatu perkara yang tidak masuk akal.

Sebelum ini, Ustazah Siti Afifah atau nama sebenarnya Ustazah Siti Afifah Shahbudin menuduh para suami sebagai ‘dayus’ jika membenarkan doktor lelaki menguruskan isteri mereka yang bersalin.

Bukan itu sahaja, menurut dakwaannya yang ‘bukan-bukan’ seperti bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa itu turut menarik perhatian orang ramai.

Baru-baru ini pula, Ustazah Siti Afifah kembali menjadi perbualan ramai selepas memuat naik video di TikTok miliknya mengenai pengambilan ubat tahan sakit dan mendakwa ianya haram.

@sunnahtidakberbohong #bahayaubatantahansakit #rosakzahirbatin #sunnahtidakpernahberbohong ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

“Ada orang bila sakit sikit, makan ubat tahan sakit sehingga tubuh badan kita ini dekat dengan kematian masa tu mulut tak boleh berbicara tetapi mata kita melambangkan tercengangnya kita dengan kepakaran yang hebat ni,” katanya di dalam video tersebut.

“Dengan duit habis banyak, dengan kepakaran manusia ia menyebabkan apa yang dimasukkan dalam tubuh yang haram dan meragukan maka kamu sedang berhadapan sesuatu kepanasan yang amat dahsyat,” ujarnya lagi.

Ustazah ini dakwa ubat tahan sakit itu haram

Menerusi video tersebut juga, Ustazah berpendapat bahawa Allah SWT tidak akan menerima doa orang yang memasukkan benda haram ke dalam tubuh badan mereka.

Malah, Ustazah menambah, seseorang itu akan mati dalam keadaan yang hina dan boleh dimasukkan ke dalam neraka disebabkan melanggar hukum syariat Islam.

Ustazah ini dakwa ubat tahan sakit itu haram

Ustazah ini dakwa ubat tahan sakit itu haram

Ustazah ini dakwa ubat tahan sakit itu haram

Sementara itu, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pendapat Ustazah dan mereka agak keliru dengan penyampaian Ustazah mengenai perkara tersebut. Bahkan, cara penyampaian Ustazah dalam video itu kelihatan marah dan bukan nasihat.

Baca Lagi:
Trafik sesak, rupanya ada lelaki bogel jalan kaki di LDP
Elizabeth tan alami alopecia, kepala jadi botak tengah
Mekah dilanda banjir besar, paras air tertinggi pernah direkodkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *