Ustaz TikTok berjoget sebelum mula sesi mengaji al-Quran dikecam netizen. Sebelum ini, seorang ustaz di TikTok telah dipersoalkan kerana meminta seorang wanita membuka kamera untuk melihat pergerakan bibir ketika mengaji.
Orang ramai mengkritik ustaz yang dikatakan terlalu memaksa sedangkan wanita dalam sesi live itu enggan.
Baru-baru ini, rakaman video pendek yang disyaki menunjukkan seorang ustaz yang sama berjoget dengan muzik yang rancak sebelum memulakan sesi mengaji al-Quran telah menjadi viral.
Hal ini menimbulkan ketidakpuasan di kalangan netizen kerana paparan di skrin menunjukkan ayat al-Quran yang hendak dibaca.
Pengguna aplikasi X dikenali sebagai Sarah memohon pihak berkuasa campur tangan dan menasihati ustaz terbabit.
I’m sorry tapi perangai mcm ni sgt terkutuk. Sblh skrin paparan Quran, sebelah lagi terkinja2.
Benda ni susah, tapi aku harap dapat campur tgn phk berkuasa, kalau blh buat polisi tapis influencer agama, tolonglah buat.Mohon perhatian @anwaribrahim @DSDrNaim @DrZulkifliHasan pic.twitter.com/LPf82WcBX4
— Sarah (@_asyahhhh) July 12, 2024
Di ruangan komen perkongsian, rata-rata netizen turut mengecam tindakan terkinja-kinja yang dikatakan tidak beradab dengan al-Quran.