Ustaz Tido minta wanita ‘on camera’ sebab nak tengok bibir ketika baca Al-Quran dikecam netizen

Photo of author

By Joe

Ustaz Tido minta wanita ‘on camera’ sebab nak tengok bibir ketika baca Al-Quran dikecam netizen. Satu sesi siaran langsung di TikTok yang dikendalikan oleh seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Ustaz Tido telah menimbulkan kontroversi di kalangan ramai.

Dalam sesi tersebut yang dikenali sebagai Room Al-Fatihah, Ustaz Tido mengajak orang ramai untuk membacakan Al-Fatihah dengan betul.

Walaupun sesi ini dipuji atas usahanya untuk membimbing orang ramai memperbetulkan bacaan mereka, namun tindakannya meminta seorang wanita untuk membuka kamera semasa sesi itu telah mendapat kecaman.

Ustaz Tido minta wanita 'on camera' sebab nak tengok bibir ketika baca Al-Quran dikecam netizen

“Di dalam room jodoh, awak boleh buka kamera tapi di dalam room baca Al-Quran awak tak bukak,” katanya.

Namun, wanita tersebut masih enggan untuk melakukan perkara tersebut sehingga moderator terpaksa menegurnya.

Katanya, apabila wanita tersebut membuka kamera, ustaz dapat menilai bacaannya melalui gerakan bibirnya.

Netizen pula mengatakan bahawa pengalaman mereka semasa belajar mengaji dengan beberapa ustaz tidak pernah melibatkan permintaan untuk membuka kamera, tetapi hanya menggunakan suara sahaja.

@malaysiakantoi macam ni ke ustaz idola muda korang? #malaysiakantoi #fyp #hotfm #sprm #viral #xtra #alifteega ♬ original sound – Malaysia Kantoi

Baca Lagi:
Lelaki kerja jual kulit lembu raih pendapatan hampir RM10,000 sebulan
Tular kedai letak papan tanda amaran ‘perokok akan ditembak, jika masih hidup akan ditembak lagi’ raih perhatian netizen
Papagomo dicekup polis selepas keluar mahkamah