Ustaz tahfiz guna anak yatim untuk lawan ‘PK’ dengan amoi separuh bogel di TikTok? Walaupun tiada halangan untuk mencari rezeki sebanyak mana yang diinginkan, ia tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya meraih pendapatan yang bercampur dengan unsur syubhah.
Tular di media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan seorang guru tahfiz sedang melakukan siaran langsung dengan seorang wanita bukan mahram, dan berpakaian yang mencolok mata.
Dikhabarkan bahawa mereka sedang menyertai pertandingan Player Knockout (PK) yang terkenal di kalangan pengguna TikTok, di mana mereka bersaing antara satu sama lain untuk melihat berapa banyak wang yang boleh diperoleh melalui hadiah (gift) dalam tempoh tertentu.
Apa yang menyedihkan ialah, guru tahfiz yang sepatutnya membawa imej agama telah tergamak menggunakan anak kecil yang didakwa sebagai anak yatim untuk meraih simpati, malah terdedah kepada wanita tersebut.
Video yang tular itu segera meraih perhatian ramai dan rata-ratanya mengecam tindakan pak lebai yang bukan hanya menunggang agama, malah memanipulasi anak yatim yang diajarnya untuk meraih wang yang banyak.
Wtfakk is thiss?!!
Lebai guna anak² yatim masuk TikTok buat PK dengan ahmoi separuh bogel?!
Islam apa yang kalian bawa ni⁉️ https://t.co/8VZWsqgJ6d
— JOKER🔺️ (@tjerealjoker) August 16, 2024
Ramai juga yang bersimpati dengan nasib anak yatim tersebut, yang mindanya telah tercemar dan mungkin akan menjejaskan hafazan ayat al-Quran yang telah dipelajari selama ini.