Ustaz lemas ketika menyelam cabut mata kail tersangkut

Photo of author

By Joe

Ustaz lemas ketika menyelam cabut mata kail tersangkut. Seorang guru agama lemas selepas menyelam untuk melepaskan mata kailnya yang tersangkut di sungai berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Wak, Bintangor, hari ini.

Kejadian berlaku ketika Muhamad Ikram Imran, 26, yang merupakan kakitangan Hal Ehwal Islam Hospital Sarikei, sedang memancing bersama dua rakannya. Laporan kejadian dibuat kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 11.45 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, termasuk enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Sibu, telah diarah ke lokasi yang terletak 52 kilometer dari balai bomba.

Ustaz lemas ketika menyelam cabut mata kail tersangkut

“Setiba di lokasi pada jam 1.21 tengah hari, komander operasi melaporkan bahawa mangsa hilang ketika sedang berusaha melepaskan kail yang tersangkut di tengah sungai.”
“Kejadian berlaku kira-kira 50 meter dari jeti SK Nanga Wak, di mana mangsa menaiki bot bersama dua rakannya,” katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya ditemui pada pukul 7.51 malam oleh anggota PPDA dalam lingkungan 50 meter dari lokasi terakhir dia menyelam sebelum jenazah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Baca Lagi:
Bil elektrik melambung tinggi jika kerap buka peti sejuk?, lelaki ini dedah rahsia jimat elektrik
“Awal kahwin kami hidup susah, sekarang dah senang duduk rumah mewah ada janda datang nak jadi bini nombor 2, aku terima tapi dengan syarat…”
Rakyat Malaysia cipta rekod dunia, mampu buat 17 aksi silap mata dalam masa 3 minit