Ustaz ditegur lelaki Rohingnya, siap beri peringatan jangan terlalu sibuk pasal pendatang

Ustaz ditegur lelaki Rohingnya, siap beri peringatan jangan terlalu sibuk pasal pendatang

Ustaz ditegur lelaki Rohingnya, siap beri peringatan jangan terlalu sibuk pasal pendatang. “Saya nak bagitau (beritahu) ustaz, ustaz orang tempatan dan kami pendatang asing. Kalau boleh ustaz jangan terlalu sibuk dengan hal orang asing ini”.

Itu teguran seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya kepada aktivis bergelar ustaz yang didakwa cuba menggempur tapak perniagaan warga asing yang dibina secara haram dan mendatangkan kemarahan penduduk.

Menerusi video tular di laman sosial, lelaki terbabit selaku wakil, tampil menjelaskan mengapa dia dan rakan senegaranya datang ke Malaysia.

Ustaz ditegur lelaki Rohingnya, siap beri peringatan jangan terlalu sibuk pasal pendatang

“Saya tahu ustaz orang tempatan dan kami pendatang, pelarian. Sebenarnya kami datang sini bukan sebab kami suka (tinggal) di sini. Tidak! Sebab kampung halaman kami ada masalah, kami lari sini. Kami terpaksa, bukan sebab kami suka (tinggal) di sini.
“Jadi kami sudah duduk di sini, ada yang sudah berkeluarga, ada anak, ada isteri dan juga orang bujang, duda. Kami duduk di sini bukannya kami pergi kacau setiap rumah (penduduk) untuk minta makan. Bukan,” katanya.

Menurut lelaki berkenaan, kedatangannya dan rakan senegara hanya untuk mencari rezeki dan tidak menyusahkan sesiapa malah membantu warga tempatan.

“Kami punya kaki, tangan dan kekuatan untuk kami bekerja dan mencari rezeki sendiri supaya kami tidak menyusahkan orang tempatan. Kami tolong orang tempatan, orang tempatan bagi makanan kepada kami.

“Sekarang pun saya tengah kerja dari siang ke malam. Kalau saya tak kerja, saya tak dapat makan ustaz,” katanya.

Di akhir video, lelaki terbabit meminta aktivis berkenaan untuk tidak bertindak keterlaluan dan menyerahkan hal berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) kepada pihak berkuasa.

“Orang pendatang asing ini nak buat apa semua, itu urusan dengan kerajaan Malaysia, polis dan imigresen. Nak cari lesen, road tax (cukai jalan) apa semua, mereka yang uruskan. Bukan ustaz, ustaz salah ustaz! Jangan keterlaluan dan melebih-lebih ustaz,” katanya.

Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan segelintirnya membidas kenyataan berkenaan.

@ohbulanofficial Alamak 👁️👁️ #ohbulan #fyp #viral #trendingnewsmalaysia #rohingya #beri #penjelasan ♬ original sound – OHBULAN!

“Duduk negara orang, buat cara menumpang. Jangan berlagak tempat sini awak punya. Jaga ‘attitude’ (sikap) orang sini. Orang tak marah kalau awak tak buat perangai,” ciap pengguna dikenal Nabila Adli.

“Yang elok boleh la duduk sini, rajin kerja, menyumbang kepada pembangunan ekonomi, negara, dan jadi sebahagian daripada masyarakat majmuk kita. Cuma masalahnya, yang bermasalah, yang perangai teruk.

“Kita tak perlukan orang yang bawa masalah, kita sendiri dah cukup banyak masalah nak selesai,” katanya.

Baca Lagi:
Dr Mahathir soal Anwar Ibrahim datang dari mana duit RM388.1 bilion?
Kisah China buat kerja ‘gila’ cipta kucing copy ori, ini hasilnya
Ada cikgu marah pakai kasut koyak datang sekolah, nasib ada ustazah memahami nasib aku
CATEGORIES