Ustaz dedah ciri-ciri ada hantu raya dalam rumah, no.8 buat buat ramai meremang. Mempunyai kediaman yang aman dan tenteram adalah impian banyak orang. Walaupun dari segi fizikalnya rumah itu kelihatan tenang, ramai yang lupa bahawa terdapat makhluk lain yang mungkin tinggal bersama-sama kita, seperti hantu raya.
Banyak yang berkongsi pengalaman mengenai gangguan mistik yang sering berlaku di rumah mereka sendiri. Bagi anda yang sering bertanya-tanya mengapa rumah anda selalu mengalami perkara-perkara aneh, ini mungkin tanda bahawa rumah anda mengalami gangguan hantu raya, menurut pandangan pakar rawatan Islam.
1. Bunyi di tingkat atas (bagi yang bertingkat)
Jika anda tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium, perhatikan bunyi-bunyian dari tingkat atas seperti bunyi orang menarik kerusi, meja, atau tong gas, atau bunyi memasak di tingkat atas walaupun tiada penghuni sebenarnya. Ini adalah petanda bahawa hantu raya mungkin ada di dalam rumah kita sendiri.
2. Bunyi dalam siling
Bagi mereka yang tinggal di rumah atas tanah seperti rumah teres atau banglo, jika terdengar bunyi di dalam siling seperti tikus berjalan atau berlari, bunyi kucing atau kucing berkejar-kejaran, ini menandakan kehadiran hantu raya di dalam rumah!
3. Bunyi atas bumbung rumah
Bunyi seperti benda jatuh atau melompat di atas bumbung rumah adalah petanda jelas bahawa terdapat makhluk lain di dalam rumah kita.
4. Bunyi orang tabur pasir
Sesiapa yang pernah mendengar bunyi sebegini mungkin telah mengaitkannya dengan bunyi hujan atau tetangga sedang berkebun, tetapi sebenarnya bunyi seperti orang tabur pasir ini merupakan tanda bahawa rumah kita ada hantu raya!
5. Bau busuk
Setiap kali memasuki rumah, tercium bau busuk yang menusuk hidung walaupun sudah menggunakan pewangi yang harum. Terkadang, pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib atau tengah malam, bau busuk ini muncul. Ustaz juga menyatakan bahawa ada kalanya anda mungkin tercium bau seperti kambing yang dibakar.
6. Tanah ditabur di depan rumah
Tanah yang sering ditabur di hadapan rumah, yang mungkin disihir atau diletakkan oleh hantu raya, sering dikaitkan dengan tanah kubur. Walaupun beberapa individu mungkin telah menjalani rawatan perubatan Islam, fenomena ini masih berlaku.
7. Bunyi orang berjalan mengelilingi rumah dan mengetuk pintu
Jika anda merasakan ada bunyi orang berjalan mengelilingi rumah pada jam 2-3 pagi apabila terjaga dari tidur, itu mungkin adalah tanda kehadiran hantu raya. Ada juga laporan mengenai hantu raya yang suka mengetuk pintu rumah atau bilik pada waktu tengah malam.
8. Makanan di rumah selalu habis
Jika makanan yang baru dibeli selalu habis dengan cepat tanpa sebab yang jelas, ini mungkin menunjukkan kehadiran makhluk lain yang sering memakannya.
*Seram juga kan? Balik rumah nak semak ada tak tanda-tanda yang disenaraikan..