‘Usain Bolt Malaysia’ tidak sempat lari

‘Usain Bolt Malaysia’ tidak sempat lari

‘Usain Bolt Malaysia’ tidak sempat lari.

Hasrat Malaysia untuk mempertahankan pingat emas 100 meter (m) Sukan SEA Vietnam punah selepas pelari harapan yang berumur 18 tahun, Muhammad Azeem Mohd Fahmi tersingkir seawal peringkat saringan ekoran ‘false start’.

Azeem yang terkenal dengan jolokan ‘Usain Bolt Malaysia’ turun beraksi di saringan kedua (Heat 2) di temasya Sukan SEA disingkirkan selepas pegawai pertandingan menyatakan pelari negara itu bermula awal sebelum daripada tembakan dilepaskan ke udara.

Bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan pegawai pertandingan berkenaan kerana ulang tayang yang dipaparkan menunjukkan pelari Filipina, Eric Shauwn Cray yang sebenarnya melakukan kesalahan tersebut.

‘Usain Bolt Malaysia’ tidak sempat lari

Namun begitu, keputusan tersebut muktamad dan selepas Muhammad Azeem disingkirkan, saringan itu diteruskan untuk mencari empat pelumba yang mara ke pusingan akhir.

Sementara itu, di peringkat saringan pertama (Heat 1), seorang lagi wakil negara, Muhammad Arsyad Md Saat, 20 tahun, mengesahkan kemaraan ke final selepas berjaya menamatkan larian di tempat ketiga.

Bagaimanapun, selepas perlumbaan tamat, Muhammad Arsyad dilihat mengalami sedikit kecederaan sekali gus mengusarkan kem olahraga negara.

Untuk rekod, Muhammad Azeem dan Muhammad Arsyad juga merupakan sebahagian daripada kuartet yang membantu Malaysia memenangi pingat perak dalam acara 4x100m dua hari lalu.

Baca Lagi:

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

Rakyat Malaysia perlu bersedia, krisis makanan bukan main-main

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

CATEGORIES