
Usahawan Kelantan kelam kabut cari towing, Lamborghini tenggelam banjir
Usahawan Kelantan kelam kabut cari towing, Lamborghini tenggelam banjir. Bermula dari awal mengandung sehinggalah melahirkan, kisah seorang usahawan yang pernah mengidam untuk memiliki sebuah kereta mewah jenis Lamborghini pernah bermain di serata media sosial. Tak cukup dengan itu, wanita muda ini dan juga rakannya kembali viral beberapa bulan lalu selepas dilihat cukup teruja membawa kenderaan sama melancong ke Pulau Langkawi.
Yunie mencari towing area KB sekarang juga untuk sebiji Lambo
Siapa sangka semalam, kediaman Ayunie turut terlibat dalam kejadian banjir teruk yang sedang melanda negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan juga Terengganu. Walau bagaimanapun, difahamkan mereka sekeluarga tiada di lokasi tersebut kerana kebetulan sedang bercuti di Indonesia. Namun usahawan tersebut naik runsing mengenangkan Lambo kesayangan hampir tenggelam selepas paras air mula meningkat dalam masa singkat.
Tuhan je tahu hati tadi panic semua, tak henti doa, doa dan doa
Sejak semalam juga, Ayunie berusaha mendapatkan perkhidmatan towing supaya dapat keluarkan kereta miliknya itu ke tempat lebih tinggi dan selamat. Selepas berusaha beberapa kali menukar towing kerana air yang terlalu dalam, akhirnya kenderaan berkenaan dapat juga dialih dengan bantuan rakan-rakan lain.
@huzaimices Mention owner jap😢 #fyp #foryou #banjir #2022 #kelantan ♬ original sound – Ikaika
Semoga banjir cepat surut dan tak sebabkan kerosakan
Dalam pada itu, wanita berkenaan cukup berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah sudi membantunya. Dari jauh, Ayunie hanya mampu berdoa sahaja semoga ramai yang lain tidak melalui kerugian serta kerosakan besar disebabkan bah ini.