“Untung orang Terengganu dapat tengok hoverkraf mendarat ‘live’ depan mata”. Itulah komen seorang pengguna, @sanusi, pada video TikTok berdurasi 58 saat yang dimuat naik oleh @ismailafandi91, pada Selasa lepas.
Difahamkan, hoverkraf tersebut mungkin milik pasukan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (USF) yang sedang menjalani latihan ketenteraan bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) selama 10 hari bermula 28 Mei lalu.
Menurut @spinosaurus93.5, hoverkraf tersebut merupakan model Landing Craft Air Cushion (LCAC) yang mampu membawa peralatan ketenteraan seberat 60 hingga 75 tan dari kapal hingga ke pesisiran pantai.
Semasa melihat ruangan komen, ramai juga berkongsi rasa teruja kerana berpeluang melihat hoverkraf mendarat.
“Fuh, seperti dalam filem Malbatt dan Paskal,” kata @esyiacomell03_.
“Ada latihan ketenteraan rupanya. Patutlah ramai tentera AS berada dekat kawasan rehat dan rawat (R&R) Paka haritu,” kata @Sarahzulaika.
“Untunglah siapa yang berada dekat sana,” kata @Saiful.
Kini, hantaran tersebut telah menerima 3,941 tanda suka dan 117,800 tontonan di aplikasi TikTok.
@ismailafandi91Hovercraft in Terengganu