Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer

2018 HQ070518AT033b 1616995420

Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer.

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau popular dengan panggilan Uncle Kentang sedang mencari pelajar yang dikatakan dimarahi oleh seorang pensyarah gara-gara tidak mempunyai komputer riba dalam video yang tular di laman sosial.

Jelas Uncle Kentang menerusi posting terbaharu di laman Facebooknya, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.

“Kepada pelajar yang kena marah dengan profesor semester lima kerana masih tidak ada komputer. Kalau andalah orang berkenaan dan perlu komputer, kita crowdfunding untuk kamu.

“Prof marah pasal gelang emas kakak, mungkin Prof pernah nampak gelang emas kakak pakai, jangan-jangan emas tiruan sudah lah,” jelasnya secara sinis mengulas mengenai tindakan pensyarah berkenaan.

Tambah Uncle Kentang, beliau memahami niat pensyarah berkenaan untuk memastikan pelajar berjaya, namun seharusnya jalan penyelesaian masalah dicari bagi membantu pelajar berkenaan.

“Sabar Prof, I tahu you nak student you baik. Sabar student, semua ujian Allah. Jangan kita viral dan burukkan Prof. Kita cari penyelesaian.

“Prof mungkin garang, tapi dia nak student yang sukses. Kalau anda kenal student tersebut, sila contact saya di talian 018-2683999.

“Kita cari penyelesaian, hidup ini sementara. Nak aibkan orang tidak perlu, kita bantu agar kubur kita indah selalu,” katanya lagi.

 

Baca Lagi:

[VIDEO] Bapa berang lempang pemandu van setelah anak mengadu sering disentuh

Kecoh!! Tular video pensyarah hina pelajar siap sebut ‘golongan B40’ dikecam netizen

Mahkamah perintah waran tangkap buat Norjuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *