Umat Islam Rwanda tidak lagi mendengar laungan azan pada Ramadan tahun ini

masjid rwanda e1650060881890

Umat Islam Rwanda tidak lagi mendengar laungan azan pada Ramadan tahun ini.

Ia selepas pihak berkuasa mengharamkan penggunaan pembesar suara di masjid pada waktu awal hari pada bulan lalu.

Pihak berkuasa mendakwa penduduk Islam Rwanda telah melanggar undang-undang pencemaran bunyi yang melarang bunyi bising melebihi 55 desibel pada siang hari dan 45 desibel pada waktu malam di kawasan perumahan.

”Keputusan itu melanggar hak kami untuk mengamalkan kepercayaan kami,” kata Zaina Mukamabano, 55, yang tinggal di ibu kota, Kigali.

Dia berkata, ini kali pertama dalam hidupnya tidak ada azan atau “adnan” seperti yang disebut dalam bahasa Arab, pada waktu pagi sepanjang Ramadan.

Amalan memasang pembesar suara pada menara di masjid bermula di Asia pada tahun 1930-an dan merebak ke seluruh dunia.

Umat Islam Rwanda tidak lagi mendengar laungan azan pada Ramadan tahun ini

Lima laungan azan dibuat setiap hari, untuk memanggil umat Islam solat lima waktu.

Pihak berkuasa Rwanda mengatakan rata-rata penduduk mengadu laungan azan paling awal berlaku antara 4.30 dan 4.49 kira-kira dua atau tiga minit.

“Kami tidak gembira… semasa Ramadan azan memberitahu kami bahawa sudah tiba masanya untuk mula berpuasa dan tidak semua umat Islam di Rwanda mempunyai jam penggera,” kata seorang lagi penduduk, Nuhu Bihibindi.

Baca Lagi:

Suara sebenar Paderi Firaun kini boleh didengari, sangat menyeramkan!

Saksi dedah punca sebenar Siti Bainun mula ‘naik gila’ pukul Bella

Lelaki pukul dua perompak sampai mati, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh

Leave a Reply

Your email address will not be published.