UFO menyerupai bandar terapung dirakam di Romania

Photo of author

By Joe

UFO menyerupai bandar terapung dirakam di Romania. Seorang bekas pegawai Pentagon di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan imej yang didakwa objek terbang tidak dikenali (UFO) bersaiz besar yang dirakam di Romania, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pakar perisikan balas Tentera AS, Luis Elizondo, mendedahkan imej yang dirakam pada 2022 itu dalam satu majlis di Philadelphia, Pennsylvania, minggu lepas.

“Cuba teka apa yang kami berjaya rakam di Romania pada 2022? Itu,” katanya sambil merujuk kepada imej yang dikongsikan.

UFO menyerupai bandar terapung dirakam di Romania

Elizondo menggambarkan imej tersebut seperti sebuah bandar mini besar yang terapung di langit.

Imej resolusi tinggi bagi apa yang digelar ‘mothership UFO’ itu pada pandangan pertama kelihatan seperti awan bercahaya.

Beberapa pegawai berkata, ia berkemungkinan berasal daripada pantulan lampu chandelier dalaman dalam kaca tingkap.

“Ada banyak lagi yang boleh diberitahu. Saya hanya mahu anda tahu bahawa terdapat banyak perkara berlaku yang tidak didedahkan.
“Ada ramai juruterbang tentera dan awam di Eropah Timur serta Asia Barat yang melaporkan mereka melihat perkara yang tidak dapat dibayangkan,” kata Elizondo.

Sementara itu, seorang pegawai memberitahu akhbar Daily Mail bahawa Elizondo lalai dalam meneliti imej sedemikian, dalam usahanya untuk menambah bahan baharu yang sensasi untuk ‘acara berbayarnya’.

Seorang veteran Tentera Udara AS, Jeremy McGowan, berkata bahawa ‘mothership’ itu meragukan berikutan corak dakwaan masa lalu Elizondo.

“Saya menyaksikan dia membesar-besarkan atau mereka cerita secara terang-terangan mengenai maklumat yang tidak benar,” katanya.

Baca Lagi:
PMX buat pemeriksaan mengejut di stesen minyak, diapit ‘bodyguard’ cilik
Pertama kali datang ke Terengganu, wanita dari Sabah menang jongkong emas
Hanya 3 minit sahaja dibenarkan berpelukan di zon ‘drop off’