Udit Narayan terima bayaran cecah jutaan ringgit jayakan konsert di Kuala Lumpur

Photo of author

By Joe

Udit Narayan terima bayaran cecah jutaan ringgit jayakan konsert di Kuala Lumpur. Penyanyi Bollywood terkenal, Udit Narayan, menerima bayaran mencecah jutaan ringgit untuk Konsert Udit Narayan Live di Kuala Lumpur, pada bulan Disember depan.

Bayaran Cecah Jutaan Ringgit

Penganjur VVST Digital Creation, Gunasegaran Palanisamy, berkata pihaknya sanggup mengeluarkan kos tersebut demi memberikan hiburan bertaraf antarabangsa kepada pencinta lagu Bollywood di negara ini.

Udit Narayan terima bayaran cecah jutaan ringgit jayakan konsert di Kuala Lumpur

“Ya, tidak dinafikan bahawa membawa Udit Narayan ke sini memerlukan belanja yang tinggi.
“Jika boleh, kami tidak mahu mendedahkan jumlahnya kerana ramai yang akan terkejut apabila mengetahui kos sebenar.”
“Udit adalah seorang legenda, dan pada konsert itu nanti, dia juga akan membawa pasukannya. Jadi, kos jutaan ringgit itu termasuk rombongannya sekali,” katanya pada sidang media Konsert Udit Narayan Live di Kuala Lumpur, di Intan Square, pada hari Selasa.

Empat Bulan Pujuk Udit

Sementara itu, Pengarah First Pictures Sdn Bhd, Dzulhilmi Zainol, berkata pihaknya sanggup membawa masuk pelantun lagu hits Kaho Naa Pyaar Hai itu demi kepuasan peminat walaupun keuntungan tidak besar.

Dzulhilmi turut mendedahkan bahawa mereka mengambil masa selama empat bulan untuk mengundang Udit.

“Kami mula melamar Udit sekitar Oktober tahun lalu. Walaupun beliau seorang nama besar dalam industri muzik Bollywood, prosesnya berjalan dengan mudah.

“Kami mendapat persetujuan daripada Udit pada April tahun ini. Jika diikutkan, jadual seninya sangat padat kerana terdapat beberapa konsert besar di negara lain, tetapi kami berjaya mendapatkan persetujuannya,” katanya.

Membawakan 40 seleksi lagu popularnya, penyanyi berusia 68 tahun itu akan beraksi di Mega Star Arena pada 28 Disember depan.

Lebih menarik, tiga penyanyi Bollywood dan seorang penyanyi tempatan juga akan bersama Udit, yang akan diumumkan kelak.

Tiket untuk Konsert Udit Narayan Live di Kuala Lumpur 2024 sudah mula dijual hari ini pada harga RM148 hingga RM1,466.

Baca Lagi:
Atlet memanah Kuala Lumpur guna gigi lepaskan anak panah curi tumpuan
Beri alasan ‘tak masuk akal’ punca jalan berlubang, pekerja lebuhraya dipecat
Wanita mahu solat dakwa dihalau oleh AJK masjid kerana sudah ‘lewat’ malam