Uci Luna tak boleh daftar sijil lahir anak, rupanya dah setahun kahwin tak ada sijil nikah. Adik kepada Siti Jamumall, Uci Luna, menarik perhatian apabila berkongsi momen kegagalannya mendaftar sijil kelahiran anaknya yang baru dilahirkan. Oh tidak, mengapa ini berlaku?
Melalui hantaran di TikTok, Uci atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Shukri menceritakan bahawa dia gagal mendaftar sijil kelahiran anaknya ketika ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana tidak memiliki sijil nikah.
“Kalau nak tahu, kami tak dapat daftar sijil kelahiran anak kerana kami tidak ada sijil nikah,” katanya.
“Sah ke tak perkahwinan kami? Tentu sah, kami telah mendaftar untuk perkahwinan di Malaysia tetapi kami belum mengambil sijil dan kad nikah lagi.”
“Kami tidak dapat daftar sijil kelahiran anak kerana itu. Sijil nikah yang kami ada sekarang diperoleh daripada masjid sahaja,” tambah Uci.
Bagaimanapun, Uci menyatakan bahawa dia masih boleh mendaftar untuk mendapatkan sijil kelahiran anaknya tanpa sijil nikah sekiranya hadir bersama isterinya, Ema.
“Saya pergi ke JPN untuk membuat sijil dan mendaftar nama anak, tetapi tidak dapat dilakukan.”
“Pegawai memberitahu kami bahawa walaupun tanpa sijil nikah, ia boleh dilakukan tetapi saya perlu hadir bersama isteri.”
“Masalahnya, Ema (isteri) sedang dalam pantang.”
Walau bagaimanapun, Uci bersyukur kerana proses mendaftar sijil kelahiran anaknya boleh dilakukan dalam tempoh 60 hari selepas kelahiran.
“Kami sudah berkahwin hampir setahun dan 19 Julai ini adalah ulang tahun perkahwinan kami, tetapi masih tiada sijil nikah.”
“Namun, Alhamdulillah, JPN memberitahu kami bahawa kami boleh mendaftar sijil kelahiran anak dalam masa 60 hari.”
@uciluna.ema maklumlah baru first time nak gi daftar 😂 taktahu apa main pergi je #anakuci #fyp #masukberanda #cordialuciluna #newborn ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)