Ucapan Menteri Luar Rusia kena boikot, diplomat keluar dewan

Ucapan Menteri Luar Rusia kena boikot, diplomat keluar dewan

Ucapan Menteri Luar Rusia kena boikot, diplomat keluar dewan. Sejumlah diplomat bertindak meninggalkan dewan ketika Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, menyampaikan ucapan dalam sesi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) hari ini.

Tindakan itu dibuat selepas boikot sama dilakukan ketika beliau berucap dalam sesi Persidangan Pelucutan Senjata di PBB.

Semua diplomat itu berbuat demikian apabila video rakaman ucapan Lavrov mula dimainkan, sebagai protes terhadap pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Duta Ukraine, Yevheniia Filipenko, yang mengetuai protes itu, mengucapkan terima kasih atas sokongan yang ditunjukkan diplomat berkenaan kepada negaranya.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan menakjubkan kepada warga Ukraine yang sedang berjuang untuk kemerdekaan,” katanya di hadapan sejumlah hadirin yang berhimpun mengelilingi bendera Ukraine yang besar.

Duta Perancis, Jerome Bonnafont, pula menyifatkan sebarang tindakan pencerobohan adalah pelanggaran hak asasi manusia, apatah lagi hingga mengorbankan banyak nyawa.

“Adalah penting untuk UNHRC menunjukkan kesatuan bersama Ukraine dan rakyat Ukraine menerusi tindakan keluar beramai-ramai ini,” katanya.

Tindakan keluar beramai-ramai itu berlaku kurang satu jam selepas sejumlah diplomat mengosongkan dewan berhampiran di ibu pejabat PBB Eropah di Geneva, apabila video ucapan Lavrov disiarkan dalam Persidangan Pelucutan Senjata.

Persidangan itu diwujudkan pada 1979 dalam usaha mengekang perlumbaan senjata ketika Perang Dingin.

Di luar dewan itu, diplomat berkumpul di harapan bendera Ukraine dan memberikan tepukan gemuruh hingga boleh didengari di dalam dewan, di mana video ucapan Lavrov sedang dimainkan.

Ketika ucapan itu, hanya beberapa duta kekal untuk mendengarnya, termasuklah wakil Yaman, Syria, Venezuela dan Tunisia.

Diplomat kanan Russia dijadualkan hadir ke Geneva untuk berucap di persidangan itu serta Majlis Hak Asasi Manusia PBB secara fizikal hari ini, namun membatalkannya pada saat akhir, dengan Moscow menyalahkan tindakan ‘sekatan anti-Russia’ oleh negara Kesatuan Eropah (EU).

Baca lagi:

Beku akaun pelanggan, CIMB Bank diheret ke Mahkamah

Kena pedajal dengan member, wanita ini hairan orang ramai hon banyak kali

Ikan gergasi ditemui berwarna oren berat 45kg terdampar di pantai

 

CATEGORIES
TAGS