Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Photo of author

By Joe

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain. Walaupun umurnya sudah mencapai 99 tahun, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih aktif memandu kereta. Terbaru, Tun M dilihat memandu sedan segmen-C Proton S70 menerusi foto yang dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin.

Namun, jika anda perhatikan dengan teliti, Proton S70 yang dipandu Tun Mahathir ini menampilkan spesifikasi yang tidak boleh didapati di bilik pameran Proton. Berdasarkan tempat duduk yang dibalut dengan upholsteri kulit sintetik, skrin infotainmen bersaiz lapan inci, dan paparan instrumen analog biasa, S70 tersebut adalah dari varian Premium.

Namun, unit yang dipandu oleh Tun M ini turut dilengkapi dengan bumbung suria yang hanya ditawarkan untuk varian Flagship X. Menarik, bukan? Mungkin sahaja ia merupakan aksesori tambahan yang dipasang selepas kereta ini keluar dari kilang.

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Tidak mustahil spesifikasi istimewa Proton S70 ini dihasilkan khas oleh Proton untuk Tun Mahathir. Tidak menghairankan jika Tun M mendapat layanan istimewa daripada Proton kerana beliau adalah pengasas jenama automotif nasional tersebut. Malah, ketika bersara dari jawatan Perdana Menteri pada 2003, Tun masih lagi merupakan pengerusi Proton sehingga beliau meletakkan jawatan pada 2016.

Pemilihan spesifikasi ini juga mungkin menunjukkan bahawa Tun benar-benar suka memandu dan memilih S70 yang bukan sahaja dilengkapi dengan paparan meter analog, tetapi juga tidak mempunyai sebarang sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang mungkin boleh ‘mengganggu’ pengalaman pemanduan sebenar.

Proton S70 dilancarkan ke pasaran tempatan pada penghujung November 2023, dan ia merupakan sedan yang diasaskan dari platform Modular Architecture (BMA) B-segment yang sama seperti SUV Proton X50. Walaupun dari segi luaran ia kelihatan serupa dengan Geely Emgrand untuk pasaran China, Filipina, dan beberapa negara Timur Tengah, S70 sebenarnya dibangunkan semula oleh Proton dengan pelbagai perubahan drastik.

Antaranya, enjin 1.5L NA dan kotak gear CVT telah digantikan dengan enjin 1.5L tiga-silinder turbo yang lebih berkuasa dan transmisi klac berkembar automatik tujuh-kelajuan yang lebih responsif, ruang kabin yang lebih sesuai untuk pasaran Malaysia, talaan suspensi “Proton Ride Handling”, kelengkapan keselamatan yang lebih canggih dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), dan pelbagai lagi.

Proton S70 2024 Executive

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Proton S70 2024 Premium

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Proton S70 2024 Flagship X

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Tun Mahathir pandu Proton S70 lain daripada yang lain

Baca Lagi:
Polis tangkap ‘hantu’ wanita kacau pengguna jalan raya di Johor
Netizen Indonesia ‘claim’ persembahan LIMA’23 milik mereka undang reaksi netizen Malaysia
‘Hari jadi yang bermakna’- Reaksi atuk naik kereta tanpa pemandu raih perhatian ramai