Tun Mahathir mahu saman Anwar

Photo of author

By Joe

Tun Mahathir mahu saman Anwar. Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang dikeluarkan ketika berucap di Kongres Nasional Khas PKR 2023 pada 18 Mac lalu.

LOD itu disediakan Tetuan Rafique dan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya.

Mahathir dalam sidang medianya berkata notis tuntutan itu dibuat bagi menuntut Anwar yang juga Presiden PKR menarik balik dakwaan yang dibuat terhadap bekas ahli Parlimen Langkawi itu.

Tun Mahathir mahu saman Anwar

“Saya telah ambil tindakan menuntut Anwar sebagai perdana menteri menjelaskan tentang tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap saya dalam kenyataannya beberapa kali tetapi khususunya dalam mesyuarat partinya, PKR.

“Saya beri masa tujuh hari untuk dia tarik balik dan lakukan beberapa acara untuk menunjuk bahawa dia tidak percaya apa yang disebut.

“Tapi kalau tujuh hari tak jawab maka saya bebas untuk ambil tindakan lain,” katanya di Putrajaya.

Baca Lagi:
Farid Kamil bawa sejambak bunga ke Mahkamah
“Kalau bagi bubur lambuk mesti kena tadah dengan tangan”- Netizen sindir YB Pas agih ikan aya macam bagi kucing makan
Ketua Pegawai Zakat Maik terkejut pelajar tingkatan dua bayar zakat RM10,000