Tular ‘voice note’ wabak baru, wad hospital mula penuh, ini penjelasan KKM

Photo of author

By Joe

Tular ‘voice note’ wabak baru, wad hospital mula penuh, ini penjelasan KKM. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan rakaman nota suara (voice note) yang mendakwa berlakunya penularan wabak baharu dan katil wad hospital penuh adalah tidak benar.

Menerusi satu kenyataan, KKM turut menafikan rakaman sama yang turut mengatakan kes kematian di luar hospital atau ‘brought in dead’ (BID), semakin meningkat.

KKM menjelaskan, rakaman suara berkenaan pernah tular pada tahun 2021 dan kini diedarkan secara berleluasa menerusi aplikasi Whatsapp untuk menimbulkan keresahan awam.

Tular 'voice note' wabak baru, wad hospital mula penuh, ini penjelasan KKM

“Terdapat satu rakaman ‘voice Note’ yang tular kebelakangan ini yang mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi.
“Ia juga mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes BID, serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa,” kata kenyataan itu.

Tular 'voice note' wabak baru, wad hospital mula penuh, ini penjelasan KKM

Sehubungan itu kenyataan sama berkata, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu berkenaan yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak Covid-19 yang masih kekal di sekeliling kita. Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, elak 3S dan lakukan ujian Covid-19 jika bergejala.
“Dapatkan vaksin Covid-19 termasuk dos penggalak, serta rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif Covid-19,” kata kenyataan itu.
Baca Lagi:
Boikot berterusan, Starbucks, H&M akan ditutup secara kekal
“Janin dimakan penunggu rumah sewa”, Selama 15 tahun asyik keguguran, pakcik jubah putih beri petunjuk
3 kali ‘lompat’ agama, pempengaruh wanita akhirnya pilih agama Islam pilihan yang terbaik