Tular video wanita berpurdah cuba bunuh diri terjun jambatan Sultan Yahya Petra

Tular video wanita berpurdah cuba bunuh diri terjun jambatan Sultan Yahya Petra

Tular video wanita berpurdah cuba bunuh diri terjun jambatan Sultan Yahya Petra. Seorang wanita yang memakai jubah dan berpurdah membatalkan niatnya untuk terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini selepas dipujuk orang awam.

Wanita berusia 54 tahun berasal dari Pengkalan Chepa di sini dipercayai cuba untuk memanjat tembok jambatan itu kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi sebelum diselamatkan oleh pengguna jalan raya.

Saksi kejadian, Suhaila Zakaria, 28, berkata, ketika itu, dia melalui jambatan itu dengan menunggang motosikal sebelum melihat beberapa orang lelaki menahan dan memegang wanita tersebut yang sedang menangis.

Tular video wanita berpurdah cuba bunuh diri terjun jambatan Sultan Yahya Petra

Menurutnya, dia terus memberhentikan motosikalnya sebelum bergegas memeluk wanita terbabit sambil menyuruhnya mengucap dan bersabar.

“Semasa memeluknya, saya sempat bertanya apa yang membuatkan dia mahu terjun dari jambatan itu, namun wanita itu hanya menangis dan mengatakan dirinya jahat.

“Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Suhaila, selepas 15 minit dipujuk, kenderaan polis yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan berhenti lalu mengambil wanita itu.

Katanya, pada masa sama, jentera bomba turut sampai di lokasi kejadian, namun wanita itu sudah dibawa anggota polis.

Baca Lagi:
Terbaru ada lagi wanita muncul lapor polis terhadap Ebit Lew di Bukit Aman
Amaran! MetMalaysia jangka lebih 10 juta rakyat Malaysia bakal terkesan banjir akhir tahun ini
Desas-desus bekas ketua polis negara jadi calon GTA bertanding di Parlimen Rembau?
CATEGORIES