Tular video wanita belasah suami dengan kasut setelah ‘kantoi’ berdua-duan dengan perempuan lain di bilik hotel

Tular video wanita belasah suami dengan kasut setelah ‘kantoi’ berdua-duan dengan perempuan lain di bilik hotel

Tular video wanita belasah suami dengan kasut setelah ‘kantoi’ berdua-duan dengan perempuan lain di bilik hotel. Tular satu video seorang wanita membelasah suaminya dengan kasut selepas melihat lelaki tersebut berdua-duaan dengan perempuan lain di bilik hotel.

Kejadian itu dipercayai berlaku dalam sebuah bilik hotel di kawasan Delhi Gate Agra, India.

Difahamkan wanita tersebut tidak dapat mengawal diri selepas melihat suaminya bersama wanita lain di dalam bilik hotel itu.

Tular video wanita belasah suami dengan kasut setelah 'kantoi' berdua-duan dengan perempuan lain di bilik hotel

Insiden berkenaan dirakam oleh anak perempuan mereka yang turut berada di tempat kejadian.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Neelam, kecurangan suaminya itu bukanlah kali pertama berlaku.

Malah anak-anak mereka juga sudah lali dengan perangai ayah mereka yang hidung belang kerana sering kali menduakan ibu mereka.

Dalam video tersebut turut kedengaran lelaki itu meminta maaf kepada isterinya namun tidak diendahkan wanita itu yang dilihat terus memukul menggunakan kasut tanpa henti.

Neelam turut dilihat memukul dan menarik rambut perempuan simpanan suaminya.

Pergaduhan suami isteri tersebut berjaya dileraikan selepas pihak hotel menghubungi polis.

Dalam perkembangan lain, media melaporkan lelaki itu mengalami kecederaan ringan di kepala.

Baca Lagi:

(VIDEO) Lelaki kencing di atas kubur bekas isteri hampir setiap hari selama 48 tahun

Warga emas pasang 9 penyaman udara di rumah, sanggup bayar bil RM32,900 sebulan

Terdetik hati nak pulang ke rumah ambil barang tertinggal, isteri hairan kereta suami masih ada bila intai bilik terkejut besar

CATEGORIES