Tular [VIDEO] Ular sawa panjang 3 meter naik pesawat

Tular [VIDEO] Ular sawa panjang 3 meter naik pesawat

Tular [VIDEO] Ular sawa panjang 3 meter naik pesawat. Seekor ular sawa anggaran tiga meter berjaya dikeluarkan daripada sebuah pesawat oleh para pekerja setelah menyedari kehadiran reptilia itu.

Di dalam satu video yang dimuat naik oleh @MalaysiaViral, sebelum ular tersebut berjaya dikeluarkan, kelihatan para pekerja, bertungkus lumus untuk menariknya keluar dari celahan bawah pesawat itu.

Namun, lokasi lapangan terbang serta jenis pesawat penerbangan, masih tidak diketahui.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 18,300 tontonan dan 153 perkongsian.

Tular [VIDEO] Ular sawa panjang 3 meter naik pesawat

Di ruangan komen, orang ramai berjenaka tentang ular tersebut yang juga ingin menaiki kapal terbang namun tidak mempunyai ‘dokumen yang sah’.

“Nak tumpang pergi Qatar tengok Piala Dunia,” komen seorang netizen.

“Ular itu tiada passport, sebab itu kena bawa keluar,” komen netizen yang lain pula.

Sebelum ini, pada Februari lepas sebuah pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Kuching, Sarawak susulan kemunculan reptilia itu ke dalam pesawat.

Baca Lagi:
Pas tuduh PH komunis kenapa tak suruh polis siasat masa jadi kerajaan?
Ismail Sabri jawab selepas kecoh perjumpaan dengan pemimpin PAS di Tropicana
Surat terbuka dari Tun M kepada pengundi
CATEGORIES