Tular video Ulama terkenal negara didakwa berhibur di kelab malam

Tular video Ulama terkenal negara didakwa berhibur di kelab malam

Tular video Ulama terkenal negara didakwa berhibur di kelab malam.

Di kala umat Islam di Malaysia sibuk berhari raya, gempar video tular di media sosial yang mendakwa seorang ulama tersohor negara sedang asyik berhibur di kelab malam.

Menurut hantaran asal dari pengguna Facebook, Zaharin Mohd Yasin, ulama dalam video berkenaan merupakan anak Melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford, England.

Dalam video berdurasi dua minit 15 saat itu menyaksikan ulama berkenaan memakai topi berwarna biru dalam keadaan leka mendengar lagu di kelab malam itu sambil ditemani seorang wanita yang tidak dikenali.

Rakaman video itu membuat warganet semakin hilang kepercayaan dengan institusi agama Islam di Malaysia kerana golongan tersebutlah yang menentukan hukum, fatwa namun berperangai sebaliknya.

“Inilah orang yang bertanggungjawab membela kesucian agama Islam di negara kita, patutkah kita berdiam diri?

“Macam tidak percaya pula jawatan VS perangai. Tak dapat bayang masa depan Islam jika watak seperti ini jadi penasihat agama,” antara komen yang mengecam tindakan ulama itu.

Sehubungan dengan itu, penceramah, Ustaz Ahmad Husam Badaruddin tampil mengesahkan bahawa ulama yang tular itu adalah sememangnya Datuk Afifi Al Kitti tetapi keberadaannya dalam kelab malam adalah atas faktor berdakwah.

“Setelah kami selidik, gambar itu adalah gambar program yang dilakukan oleh beliau dan pasukannya. Saya difahamkan oleh sumber yang rapat dengan beliau.

“Masuk ke kelab malam di luar negara, mengedarkan risalah-risalah dakwah, risalah Islam. Dan yang turut bersama beliau ialah isterinya. Bila sampai negara yang bukan Islam, penduduk yang majoritinya bukan Islam bergambar untuk aktiviti itu. Dikerat dalam posisi tertentu dan diviralkan. Akhirnya ramai orang yang memaki, menghina dan memfitnah beliau,” katanya dalam sebuah kiriman video di Facebooknya.

Untuk rekod, Afifi Al Kitti adalah Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak Darul Ridzuan, yang juga menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja mengenai Hal Ehwal Islam.

Dalam pada itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim memberitahu kepada Majoriti bahawa beliau tidak mempunyai sebarang makluman berkenaan video tular yang membabitkan Afifi Al Kitti.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pihak Afifi Al Kitti setakat ini dan Majoriti kini cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Ustaz Husam.

Baca lagi: 

Wanita terkejut terima hadiah kek duit RM60,000 sebagai hadiah hari lahir

Boleh ke guna duit raya anak? Ini penjelasan mufti

Lelaki ini dedah berapa jumlah Isa Isarb terima dari promote syarikat judi

CATEGORIES
TAGS