Tular video Stesen minyak Petronas terbakar berpunca dari kereta kancil

Tular video Stesen minyak Petronas terbakar berpunca dari kereta kancil

Tular video Stesen minyak Petronas terbakar berpunca dari kereta kancil. Ketangkasan pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berjaya menyelamatkan sebuah stesen minyak dari meletup dalam satu kejadian kebakaran di jalan Rantau Panjang pagi tadi.

Kejadian dipercayai berpunca dari sebuah kereta Perodua Kancil yang terbakar di salah satu pam minyak stesen berkenaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 8.36 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil sebelum api merebak ke sebuah pam petrol berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal beberapa minit kemudian dan mengaktifkan sistem keselamatan di stesen minyak berkenaan.

“Ketangkasan pihak kami mengaktifkan sistem keselamatan pam minyak itu menyebabkan api berjaya dikawal dan dipadamkan kurang dari 10 minit,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Imran lagi, pihaknya bersama lima anggota dan sebuah jentera terbabit dalam operasi pemadaman itu.
Kereta berkenaan dinaiki dua individu namun kedua-duanya dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian.

Kereta berkenaan mengalami kemusnahan sekitar 50 peratus manakala sebuah pam minyak dengan empat nozzle hangus dan musnah seratus peratus.

Beliau menjelaskan, empat pam yang berada di stesen minyak berkenaan tidak terbabit, hanya satu pam yang mengalami kemusnahan.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba.

Sebelum itu tular di media sosial video kebakaran berkenaan yang menyaksikan api menyambar salah satu pam di stesen minyak berkenaan.

Baca Lagi:

[Video] Menyedihkan! Penduduk terpaksa usung jenazah dalam air sungai sebab tiada jambatan

Gempar !! Batu meteorit bernilai RM546,899 ditemui

Anak ‘tertinggal’ ketika bertukar giliran memandu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *