Tular [VIDEO] Remaja tampar, cubit budak sampai ‘terangkat’

Tular [VIDEO] Remaja tampar, cubit budak sampai ‘terangkat’

Tular [VIDEO] Remaja tampar, cubit budak sampai ‘terangkat’. Video kezaliman seorang lelaki mendera seorang kanak-kanak berusia anggaran dua tahun, tular hari ini di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh @isusemasaviral di Twitter pagi tadi, menunjukkan lelaki terbabit menampar, menumbuk, dan mencubit kanak-kanak yang tidak berpakaian itu sehingga menangis.

Walau bgaimanapun, lokasi kejadian sebenar masih belum diketahui walaupun ada yang mendakwa lokasi tersebut berlaku di Sabah.

Tular [VIDEO] Remaja tampar, cubit budak sampai 'terangkat'

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai marah dengan perbuatan zalim lelaki itu yang dianggap tidak berperikemanusiaan.

“Kalau ingin mengajar pun, bukan itu caranya. Itu dah namanya mendera, mohon pihak berkuasa siasat dimana lokasi kejadian,” ciap salah seorang netizen.

“Budak itu diam sahaja, apa yang dia buat sampai kena macam itu sekali? Dia tidak layak dipukul sebegitu rupa,” ciap netizen yang lain pula.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 7,373 tontonan dan 144 perkongsian.

Baca Lagi:
Burung Kuang yang dianggap pupus 140 tahun lalu ditemui saintis amat mengejutkan
Pegawai Muhyiddin dedah perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi Perdana Menteri ke 10
Pekerja J&T bawa lari duit company RM150,000, sempat beli rumah sebiji
CATEGORIES