Tular video polis pengiring kenderaan PM beri laluan pada ambulans dipuji netizen

Tular video polis pengiring kenderaan PM beri laluan pada ambulans dipuji netizen

Tular video polis pengiring kenderaan PM beri laluan pada ambulans dipuji netizen. Polis pengiring kenderaan rasmi dipercayai milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meraih perhatian orang ramai apabila ia memberi laluan kepada sebuah ambulans dalam kesesakan lalu lintas, di sekitar Sungai Ramal, Kajang.

Di dalam video kamera papan pemuka (dash cam) yang dimuat naik oleh @bengkelminda, kelihatan polis tersebut mengiringi ambulans itu dahulu kemudian diikuti dengan kenderaan rasmi Anwar Ibrahim yang berada dibelakangnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai memuji tindakan Perdana Menteri itu yang dikatakan prihatin terhadap rakyat yang memerlukan.

Tular video polis pengiring kenderaan PM beri laluan pada ambulans dipuji netizen

“Terbaik, dahulukan mereka yang memerlukan. Ini contoh yang terbaik ditunjukkan oleh seorang Perdana Menteri,” komen seorang netizen.

“Ini barulah betul, bukannya suruh ambulans berhenti beri laluan. Teringat pula video seorang VIP dahulu yang sanggup tahan ambulans semata-mata ingin berikan laluan kepada dirinya,” komen netizen yang lain pula.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 157,700 tontonan, 8,863 tanda suka dan 409 perkongsian.

Tahun lepas, tular satu video dimana polis pengiring perlu menahan ambulans gara-gara ingin memberi laluan kepada kenderaan dipercayai milik seorang VIP.

Orang ramai juga beranggapan kenderaan ambulans perlu diberikan keutamaan dahulu kerana nyawa seseorang mungkin terancam dan perlu disegerakan ke hospital.

@bengkelminda DS Anwar Ibrahim memang terbaik #anwaribrahim #rafiziramli #dsai #pm10 #malaysia #sabah #sarawak ♬ Sayunk I Love You – Chombi

Baca Lagi:
Pelajar tingkatan 4 kencing berdarah selepas dibelasah pelajar senior
Janna Nick tayang gambar baring atas katil, berpeluk dengan teman lelaki
Geng Cina beli 50 buah rumah mewah secara ‘cash’
CATEGORIES