Tular video perkahwinan berbeza agama, wanita Islam dan lelaki Katolik

Tular video perkahwinan berbeza agama, wanita Islam dan lelaki Katolik

Tular video perkahwinan berbeza agama, wanita Islam dan lelaki Katolik. Heboh foto dalam media sosial di Indonesia yang memperlihatkan pernikahan sepasang pengantin yang berbeza agama, yang membabitkan lelaki beragama Kristian (Katolik) dengan seorang wanita penganut agama Islam di sebuah gereja di kota Semarang, Jawa Tengah pada 5 Mac 2022 lalu.

Foto itu yang dimuatnaikkan dalam akaun Tiktok @sacha alya pada 6 Mac 2022 menunjukkan seorang pengantin lelaki memakai baju kot hitam dan pengantin wanita berbaju gaun berwarna putih dan berhijab.

Kedua-dua mempelai itu bergambar dengan latar belakang simbol salib di sebuah gereja yang didampingi ahli keluarga masing-masing, seorang paderi dan saksi pernikahan.

@shaca_alyaSah πŸ€”πŸ€”

♬ bunyi asal – πš’πšπš£.πšœπš’πšπš’._πšπš πšŠπš›β›“πŸ’ž

Tular video perkahwinan berbeza agama, wanita Islam dan lelaki Katolik

CCN Indonesia.com pada 8 Mac 2022 lalu melaporkan bahawa Kaunseling Penikahan Berbeza Agama Kota Semarang, Achmad Nurcholish mengakui pasangan yang bernikah itu adalah tidak seagama iaitu pengantin lelaki beragama Katolik dan pengantin wanita pula beragama Islam.

Proses pernikahan pasangan terbabit dilakukan di Gereja St. Ignatius Krapyak, Kota Semarang pada Sabtu, 5 Mac 2022 lalu.

Beliau memberitahu pasangan menikah yang berbeza agama seperti itu bukanlah perkara yang mustahil kerana pernikahan tersebut dilakukan mengikut dua adat resam.

Tular video perkahwinan berbeza agama, wanita Islam dan lelaki Katolik

PENGANTIN lelaki dan wanita bergambar kenangan bersama Ahmad Nurcholish (kanan) di dalam gereja yang tertera bersimbol salib.

β€œPernikahan tersebut berlangsung baru-baru ini dilakukan secara dua adat iaitu Islam dan Katolik. Proses akad nikah secara Islam dilakukan di sebuah hotel di kota Semarang dan proses atur cara menyelenggarakan pernikahan itu dijalankan di Gereja ST Ignatius Krapyak, kota Semarang. .

β€œKerana pasangan berkenaan adalah beragama Islam dan Kristian (Katolik).Mereka menikah dengan dua tata cara itu. Kehadiran kami ke majlis itu sebagai saksi serta membantu apa yang belum dilakukan oleh Kantor Urusan Agama (KUA). Kita bantu akad nikah mereka,” kata Ahmad.

Tular video perkahwinan berbeza agama, wanita Islam dan lelaki Katolik

Pengantin lelaki beragama Katolik bersama isterinya seorang wanita Islam dan seorang paderi (tengah) selepas selesai upacara akad nikah diadakan di gereja.

Menurutnya, perkahwinan mereka adalah sah kerana dilakukan mengikut hukum agama masing-masing dan kepercayaannya di bawah Pasal 2 Ayat (1) Undang-Undang Nombor 1 tahun 1974 Tentang Perkahwinan.

Gereja Katolik membenarkan pernikahan berbeza agama atau perkahwinan berlainan gereja dan tidak memaksa pasangan yang berbeza agama itu memasuki agama tersebut.

Namun demikian, kedua-dua pengantin itu diminta mematuhi peraturan pernikahan yang ditentukan oleh Gereja Katolik.

Sementara itu, Tribunnews.com pada 7 Mac 2022 turut melaporkan bahawa pasangan terbabit telah dibimbing oleh Ahmad mengenai perkahwinan berbeza agama itu selama dua tahun sebelum mereka menikah pada 5 Mac 2022.

Achmad berkata, pasangan terbabit juga merupakan yang ke-1,424 pasangan yang telah berkahwin berbeza agama di wilayah itu tanpa dinyatakan dalam tempoh berapa tahun.

β€œMemang banyak kes pernikahan berbeza agama dan boleh dikatakan setiap hari ada yang bernikah dan purata antara 15 hingga 20 pasangan berbeza agama yang menikah dalam sebulan,’’ katanya.

Tular video perkahwinan berbeza agama, wanita Islam dan lelaki Katolik

Baca Juga :Β Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Dah macam nyawa kucing, 7 kali terselamat kemalangan ngeri, kenali Frane Selak lelaki bertuah di dunia

Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari

CATEGORIES