Tular video peniaga tunjuk cara goreng ayam, tiba-tiba iphone jatuh dalam kuali..Akhirnya ini yang jadi

Tular video peniaga tunjuk cara goreng ayam, tiba-tiba iphone jatuh dalam kuali..Akhirnya ini yang jadi

Tular video peniaga tunjuk cara goreng ayam, tiba-tiba iphone jatuh dalam kuali..Akhirnya ini yang jadi. Lain yang hendak ditunjuk, tapi lain pula yang berlaku.

Begitulah yang terjadi kepada seorang peniaga ketika membuat rakaman demonstrasi menggoreng ayam di dapur.

Menerusi rakaman yang tular, lelaki itu mahu menunjukkan cara menggorengnya secara deep fry (ayam tenggelam dalam minyak panas).

Dia menjelaskan, penggunaan minyak yang banyak sehingga ayam terendam adalah teknik menggoreng untuk gorengan yang maksimum.

Tular video peniaga tunjuk cara goreng ayam, tiba-tiba iphone jatuh dalam kuali..Akhirnya ini yang jadi

“Ni minyak, ni ada air timbul dah. Nampak separuh daripada air yang masuk tadi dah timbul dah. Timbul atas minyak tu. Kita perlahankan sikit api, jangan deras,” katanya.

Namun ketika hendak memperlahankan api, telefon pintar yang digunakan untuk membuat rakaman tiba-tiba terjatuh ke dalam periuk yang berisi minyak panas.

Klip rakaman bertukar gelap dan hanya kedengaran bunyi minyak menggelegak, disusuli bunyi seperti air mendidih.

Tidak lama kemudian, telefon berkenaan berjaya diangkat semula dari minyak panas.

@zaiem_ainn peminat iphone tolong hadir#fyp #fypシ゚viral #iphone ♬ original sound – Abey Ayam King’s Paya Keladi

Apa yang menarik perhatian adalah peranti tersebut terus ‘bekerja’ membuat rakaman meskipun pandangan kelihatan kabur sebaik ia dikeluarkan dari periuk.

Malah, telefon yang terjatuh dan tenggelam dalam periuk berisi minyak panas itu masih berfungsi dengan baik dan mampu kembali meneruskan rakaman secara jelas.

“Terima kasih iPhone kerana barang anda memang puas hati,” tulis peniaga ayam goreng tu menerusi keterangan video yang kini meraih lebih 700,000 tontonan di TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bukan sahaja terkejut dengan kejadian itu, malah kagum kerana dapat melihat sendiri suasana sebenar apabila berada dalam rendaman minyak panas.

Malah, segelintirnya turut memuji ketahanan telefon pintar berkenaan yang masih boleh digunakan.

Tular video peniaga tunjuk cara goreng ayam, tiba-tiba iphone jatuh dalam kuali..Akhirnya ini yang jadi

“Macam ni rupanya suasana digoreng.

“Bukan setakat waterproof, friedproof pun boleh.

“Kami dah faham perasaan ayam apabila kena goreng.

“Terima kasih abang bawa saya jalan-jalan dalam minyak panas ni.

“Sekurang-kurangnya celup la tepung dulu bang,” demikian antara komen netizen.

Tular video peniaga tunjuk cara goreng ayam, tiba-tiba iphone jatuh dalam kuali..Akhirnya ini yang jadi

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keadaan telefon selepas ia terjatuh dalam periuk berisi minyak panas, dia mengesahkan peranti itu masih berfungsi dengan baik.

“Saya pakai 13 Pro. Alhamdulillah telefon boleh guna macam biasa. Cuma speaker je bunyi lain sikit,” katanya secara ringkas menerusi akaun TikTok @zaiem_ainn.

Baca Lagi:
Dua pelajar buat bisnes hanya 5 hari di asrama raih pendapatan RM19,000
Wanita dari Lithuania hilang 4 tahun akhirnya ditemui di Malaysia
KJ masuk PKR?, ini jawapan Rafizi
CATEGORIES