Tular Video pengantin cantik seperti patung barbie, bekas kekasih peluk tiang mata berkaca

Tular Video pengantin cantik seperti patung barbie, bekas kekasih peluk tiang mata berkaca

Tular Video pengantin cantik seperti patung barbie, bekas kekasih peluk tiang mata berkaca.

Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang lelaki yang datang ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya sambil merenung wanita itu dari jauh, lapor portal Wolipop semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok itu, seorang lelaki memakai baju kemeja bercorak petak dilihat berada di sebalik tiang sambil memerhatikan pengantin perempuan. Difahamkan, dia merupakan bekas kekasih wanita itu.

“Mengapa bekas kekasih datang ketika kita sudah bahagia dengan yang lain. Pengantin perempuan berasa bingung kerana bekas kekasihnya berada di luar,” demikian menurut pemilik akaun tersebut yang merupakan jurusolek pengantin.

Tambah jurusolek bernama Nurhasanah itu, selepas pengantin perempuan keluar ke halaman rumah, bekas teman lelakinya terus memerhatikan pengantin perempuan sambil matanya dilihat ‘berkaca’.

“Dia kemudian cuba mendekati pengantin perempuan dengan berpura-pura membantu jurugambar,” ujarnya.

Aksi jejaka itu mendapat perhatian pengantin lelaki yang lantas berasa marah sehingga ingin menyalin busana pengantin yang dipakainya meskipun majlis perkahwinan belum tamat.

Hasratnya itu bagaimanapun ditegah oleh pengantin perempuan yang kemudian memujuknya.

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Pasti bekas kekasihnya menyesal kerana dia amat cantik seperti patung Barbie,” kata seorang netizen.

“Tidak apa kerana pengantin lelaki lebih kacak berbanding bekas kekasihnya. Dia telah mendapat seseorang yang lebih baik,” kata seorang lagi pengguna.

@nurhasanah.azarya Balas @nani.y13 kenapa mantan datang ketika kita sudah bahagia dgn yg lain 🥺💔 #fyp #fypシ ♬ suara asli – Nurhasanah_Mua – CEO OF MAKEUP BARBIE

Baca Lagi:

Kes buli : Kanak-kanak maut dibelasah rakan asrama anak yatim gara-gara RM4

Marah dengan pegawai bank selepas ditegur langgar SOP, jutawan keluarkan semua duit simpanannya

Ini 5 kisah misteri yang menghantui lebuhraya Karak sehingga ke hari ini

CATEGORIES