Tular video pemuda tunggang kuda bawa bendera ‘kalimah syahadah’ di Pulau Pinang

Tular video pemuda tunggang kuda bawa bendera ‘kalimah syahadah’ di Pulau Pinang

Tular video pemuda tunggang kuda bawa bendera ‘kalimah syahadah’ di Pulau Pinang. Polis mengesahkan video tular sekumpulan lelaki menunggang kuda sambil membawa bendera parti politik dan kalimah syahadah tiada kaitan dengan mana-mana gerakan ekstremis dan pengganas.

Bendera hitam putih, yang silap dikenal pasti sebagai bendera Taliban oleh sesetengah warganet, mengandungi kalimah syahadah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku di Kubang Semang, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Tular video pemuda tunggang kuda bawa bendera 'kalimah syahadah' di Pulau Pinang

“Video tersebut dipercayai dirakam pada 19 Nov lalu dan polis kontinjen Pulau Pinang mengesahkan antara bendera dipegang adalah bendera parti politik dan juga bendera kalimah syahadah.

“Siasatan lanjut juga mendapati ia tiada kaitan dengan mana-mana gerakan ekstremis dan pengganas,” katanya dalam kenyataan.

Shuhaily memberi amaran kepada orang ramai segera menghentikan spekulasi yang tidak memberikan manfaat dan boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

Katanya, kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Kesalahan tersebut juga boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Terdahulu, tular video 12 saat di media sosial menunjukkan sekumpulan penunggang kuda memegang bendera parti politik dan kalimah syahadah yang menimbulkan kebimbangan masyarakat.

@ipintoyota Tentera Berkuda🐎 #permatangpauh #pru15 #perikatannasional #pas #fypシ゚viral #fypdongggggggg #CapCut ♬ bunyi asal – 25YK🫶🏻

Baca Lagi:
Mesyuarat MKT Umno putuskan tolak kerajaan Perpaduan bersama PN
Ke arah “Kerajaan Perpaduan Malaysia” PH, BN rangka perjanjian 10 perkara
Dokumen sulit dedah AS cuba jalankan ‘rampasan kuasa’ di Malaysia
CATEGORIES