
Tular video pelanggan, pekerja restoran nasi kandar bergaduh kerana nasi goreng RM6
Tular video pelanggan, pekerja restoran nasi kandar bergaduh kerana nasi goreng RM6
Gara-gara tidak puas hati dengan nasi goreng kosong dengan telur berharga RM6, sebuah restoran nasi kandar di Bahau,Jempol kecoh dengan pergaduhan antara pelanggan dan pekerja di restoran berkenaan.
Rakaman kejadian pada pukul 2.30 pagi itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Ho Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang mendakwa telah ditumbuk lelaki lain semasa berada di kaunter bayaran.
Menurut beliau, pergaduhan tersebut berpunca apabila seorang wanita yang memesan nasi goreng kosong dan telur mengadu harga makanan tersebut mahal.
“Juruwang restoran berkenaan didakwa meninggikan suara kepada wanita yang mempertikaikan harga nasi goreng tersebut.
“Situasi itu menyebabkan anak wanita itu yang juga pengadu berang dan mengambil kotak tisu lalu membaling ke arah juruwang tersebut tetapi kotak tisu itu terkena barang-barang di atas kaunter juruwang,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Kata beliau, seorang pekerja yang melihat perbuatan pengadu terus menumbuk pengadu sebelum beberapa pekerja lain dan pelanggan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Chang Hook berkata, polis membuka kertas siasatan kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan meminta saksi-saksi tampil untuk membantu siasatan.
Dalam itu, kata beliau, pihaknya turut menafikan dakwaan bahawa pihak polis campur tangan dan terlibat dalam menyelesaikan kes pergaduhan tersebut.
“Pihak polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.
Waktu kecoh2 kene pegang tu, ada 5-6 org pekerja dia yg lain main tumbuk curi from the back and side. Sampai luka jugak lah muka aku, leher, bahu tangan semua. Aku mmg tak sempat buat pape, tangan, leher aku semua kene pegang. Bukan sorg, 4-6 org in one time pegang aku pic.twitter.com/goUUJsrO1q
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Baca lagi:
Tular video Ulama terkenal negara didakwa berhibur di kelab malam
Wanita terkejut terima hadiah kek duit RM60,000 sebagai hadiah hari lahir
Boleh ke guna duit raya anak? Ini penjelasan mufti