Tular video pelajar baru baik dari kanser dibelasah ramai-ramai

Photo of author

By Joe

Tular video pelajar baru baik dari kanser dibelasah ramai-ramai. Kes buli membabitkan pelajar sekolah dilihat semakin menjadi-jadi. Terbaharu, tular satu video yang membabitkan sekumpulan pelajar sekolah menengah membuli seorang pelajar lelaki di sebuah taman permainan di kawasan Putri Wangsa, Johor Bahru.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, memaparkan seorang remaja lelaki dipukul, ditendang dan dipijak bertubi-tubi sekumpulan pelajar lain dan mangsa dilihat tidak melawan.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan netizen, mangsa sebenarnya sudah lama dibuli dan baru pulih daripada sakit kanser.

Tular video pelajar baru baik dari kanser dibelasah ramai-ramai

Perbuatan sekumpulan pelajar itu sememangnya membuatkan netizen berasa berang dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pelaku supaya dapat memberi pengajaran kepada mereka.

Tular video pelajar baru baik dari kanser dibelasah ramai-ramai

7 suspek sudah ditahan

Memetik sumber Harian Metro, polis berjaya menahan enam suspek lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing yang semuanya berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 9 Ogos lalu dan pengadu mengalami cedera lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, bengkak di bahagian peha sebelah kanan dan mengalami kesakitan di keseluruhan tubuh badan.

Kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, hasil siasatan awal mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai berkawan dengan teman wanitanya.

Menurut polis, tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan.

Baca Lagi:
Sangat luar biasa, guru berbelit lidah nak sebut nama pelajar
Perangai pelik manusia sekarang, ada yang kahwin dengan dinding dan enjin kereta api
Baru tahu larangan pegang Kaabah ketika tawaf, 8 tahun umrah ‘tergantung’, individu terkilan pernikahan 3 anaknya disahkan tidak sah