Tular video MB Selangor lepak mamak dengan MB Kedah

Photo of author

By Joe

Tular video MB Selangor lepak mamak dengan MB Kedah. Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bersantai di sebuah restoran bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X dan Facebook Amirudin, kedua-dua mereka kelihatan bersantai dan berbual mesra selepas perlawanan persahabatan bola sepak semasa lawatan rasmi kerajaan Kedah ke Selangor.

“Lepas main bola mestilah lepak mamak,” ciap Amirudin.

Tular video MB Selangor lepak mamak dengan MB Kedah

Dalam video tersebut, kedua-dua pemimpin itu dilihat beramah mesra dan bergelak tawa, sama seperti yang dilakukan oleh rakyat biasa.

Video tersebut menjadi tular kerana sukan dan politik adalah antara topik yang paling banyak dibincangkan dan mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Namun, sikap kedua-dua pemimpin tertinggi negeri tersebut dianggap berbeza apabila sukan lebih menyatukan mereka, manakala politik sering menyebabkan perbezaan pendapat.

Pada hari Selasa, pasukan pilihan Menteri Besar Kedah menewaskan pasukan pilihan Menteri Besar Selangor dengan skor 8-5 dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak di Shah Alam.

Kedua-dua pasukan menunjukkan aksi agresif dalam usaha mencari gol, dan dalam separuh masa pertama, Sanusi berjaya menjaringkan gol untuk pasukannya.

Sanusi yang ditemui selepas sesi penyampaian hadiah berkata, perlawanan tersebut adalah langkah politik yang matang walaupun mereka dari parti yang berlainan.

Katanya, aktiviti sukan memang mampu menyatukan semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Sementara itu, menurut Amirudin, perbezaan parti politik tidak menghalang mereka untuk bersama-sama beramah mesra serta menyantuni kerajaan negeri Kedah dalam lawatan rasmi ke Selangor.

Tambahnya, selepas pilihan raya negeri (PRN), masing-masing memerlukan masa untuk ‘bertenang’ bagi merumuskan dasar dan polisi.

@amirudinshari Lepas main bola mesti lah lepak mamak. @Muhammad Sanusi Md Nor ♬ original sound – Amirudin Shari

Baca Lagi:
Lubang gergasi dianggap ‘pintu ke neraka’ mula membesar 3 kali ganda
Polis luar negara jadikan Proton Waja sebagai kenderaan rasmi jadi tanda tanya ramai
24 ekor buaya sesat masuk kawasan perumahan gara-gara limpahan air sungai