Tular video lelaki bergelut dengan pegawai polis trafik

Tular video lelaki bergelut dengan pegawai polis trafik

Tular video lelaki bergelut dengan pegawai polis trafik.

Jurutera ditahan kerana menghalang pegawai polis trafik daripada menjalankan tugas dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, di sini, semalam.

Rakaman video berdurasi 2 minit 55 saat memaparkan tindakan lelaki itu juga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam kejadian pada 6.30 petang itu, anggota polis berkenaan menahan kereta dipandu lelaki terbabit yang didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Katanya, selain tidak berpuas hati disaman, suspek juga turut ingkar dengan arahan anggota polis berkenaan supaya tidak membuat rakaman menggunakan telefon bimbit miliknya.

“Tindakan itu mendatangkan gusar kepada anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik terbabit ketika sedang menjalankan tugas mengeluarkan saman.

“Pegawai polis berkenaan cuba menahan suspek dan merampas telefon bimbit bagi tujuan siasatan. Namun lelaki itu melakukan kekerasan jenayah terhadap pegawai polis terbabit sehingga berlaku pergelutan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Kamarul Rizal berkata, suspek berjaya ditahan di tempat kejadian dan direman selama tiga hari sehingga 30 Jun ini di Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 353, 186 dan 188 Kanun Keseksaan (KK).

Baca Lagi:

Pulang dari kursus, pegawai polis maut digilis lori

Pengawal keselamatan ditahan, menyamar jadi pegawai tentera kerana nak pikat janda dalam kem

[VIDEO] Padah tunjuk lagak ngeri masuk tangan dalam sangkar, jari pegawai zoo hampir putus dibaham singa

CATEGORIES