Tular video lelaki bawak motorsikal guna kaki tangan main telefon

Tular video lelaki bawak motorsikal guna kaki tangan main telefon

Tular video lelaki bawak motorsikal guna kaki tangan main telefon.

Sebuah klip video mendapat perhatian netizen Indonesia kerana memaparkan senario seorang pelajar lelaki menunggang motosikal menggunakan kakinya sambil kedua-dua tangan leka bermain telefon bimbit, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya di wilayah Jawa Tengah itu dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @andreli_48.

Menerusi video tersebut, seorang pelajar lelaki yang masih memakai seragam sekolah dilihat menunggang sebuah motosikal berwarna merah.

Kedua-dua tangannya memegang telefon bimbit untuk bermain permainan video, manakala dua kakinya diletakkan pada hendal untuk mengawal motosikal.

Ketika di simpang jalan, pelajar lelaki tersebut membelok ke kiri sambil mendepakan tangannya sebelum terus bermain permainan video.

Perakam tersebut kelihatan panik dan memberitahu bahawa dia perlu membelok, namun pelajar itu kelihatan santai sahaja.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bahaya bukan kepada dirinya sahaja, bahkan orang lain,’’ tulis seorang netizen.

“Tidak boleh ditiru kawan-kawan, sangat berbahaya bagi pengguna jalan raya yang lain,’’ komen netizen lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

Baca Lagi:

Orang ramai dinasihati berwaspada apabila melihat pelekat hijau pelik di peti surat rumah

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Selepas setahun diburu akhirnya Nicky Liow serah diri

CATEGORIES