Tular video kanak-kanak lelaki tangkap, pegang tikus hanya sebelah tangan

Tular video kanak-kanak lelaki tangkap, pegang tikus hanya sebelah tangan

Tular video kanak-kanak lelaki tangkap, pegang tikus hanya sebelah tangan.

Sebuah klip di media sosial Indonesia memaparkan keberanian seorang budak lelaki yang menangkap tikus dengan menggunakan sebelah tangannya, lapor laman berita Suara.com.

Video dirakam oleh ibu kepada kanak-kanak itu dimuat naik dalam akaun Instagram @nyinyiran.jowo.

Dalam paparan berkenaan, kanak-kanak itu dilihat dengan tenang memegang seekor tikus menggunakan sebelah tangannya.

Wanita itu terkejut melihat apa yang dibawa oleh anaknya. Dia juga bingung kerana anaknya tidak takut dengan tikus.

“Dari mana datangnya?” tanya wanita itu.

“Dari situ,” jawab anaknya sambil menunjukkan ke arah dapur.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ketika kecil menangkap tikus, harap-harap sudah besar nanti boleh tangkap tikus pejabat,” komen seorang netizen.

“Tikus itu boleh berpusing dan gigit jari. Dulu saya pernah kena gigit. Macam tu lah saya pegang, pada ekornya,” komen netizen lain.

Baca lagi:

Kilang kopi Bukit Mertajam diarah tutup, beroperasi dalam keadaan kotor, bangkai tikus dalam stor

Tular video “sangat menjijikkan” tikus berkeliaran di wad sebuah Hospital

Menjijikkan! Kilang proses makanan diarah tutup dicemari najis dan kencing tikus

CATEGORIES