Tular [VIDEO] Dua ekor anjing jenis Rottweiler serang orang awam

Tular [VIDEO] Dua ekor anjing jenis Rottweiler serang orang awam

Tular [VIDEO] Dua ekor anjing jenis Rottweiler serang orang awam. Polis mengesahkan dua lelaki cedera akibat diserang tiga ekor anjing di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian pada pukul 7 pagi itu berlaku selepas haiwan tersebut dipercayai terlepas daripada kurungan.

“Hasil siasatan mendapati, dua mangsa diserang tiga ekor anjing yang terlepas daripada jagaan pemiliknya yang tinggal berhampiran tempat kejadian.

“Pemilik haiwan tersebut dikatakan cuba menghentikan serangan anjing-anjingnya itu terhadap mangsa,” katanya di sini hari ini.

Tular [VIDEO] Dua ekor anjing jenis Rottweiler serang orang awam

Menurutnya, pemilik anjing mendakwa kejadian berlaku ketika isterinya baru selesai bersenam dan ingin masuk ke dalam kawasan rumah yang berpagar automatik.

“Dalam masa sama, isterinya ternampak tiga ekor anjing meluru keluar dari rumah dan dia juga bertindak mengejar anjing itu sebelum haiwan itu menyerang kedua-dua mangsa.

“Akibat daripada serangan tersebut, dua mangsa terlibat mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pantai Sungai Petani dan Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan,” ujarnya.

Tambahnya, seekor anjing adalah jenis biasa dan tinggal bersama dengan mereka kira-kira 10 tahun lalu, manakala dua ekor lagi anjing jenis Rottweiler.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan dan Jabatan Veterinar telah dimaklumkan untuk melakukan tangkapan ke atas tiga ekor anjing itu,” katanya.

Difahamkan, beberapa orang telah cedera akibat serangan daripada anjing yang sama sebelum ini.

@ruzianadaud575#kualaketil #poliskualaketil #fypdongggggggg

♬ sad – 卜宗晖

Baca Lagi:
Formula Rafizi turunkan harga Myvi RM25,000 ditunggu-tunggu rakyat
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
Kisah sebenar kereta Perodua Aruz yang diconteng perkataan ‘janda’ tular akhirnya terjawab
CATEGORIES